Selasa, Januari 15, 2008

SOAL JAWAB - PENAMATAN PEKERJA

Soalan 1: Apakah hak saya di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 jika saya diberhentikan kerja?


Jawapan 1:
Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 menyatakan bahawa anda boleh memfailkan representasi (rayuan) kepada Ketua Pengarah untuk pemulihan kerja jika anda menganggap telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil. Representasi tersebut hendaklah difailkan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pembuangan kerja.


Soalan 2: Bagaimanakah caranya dan di manakah boleh saya memfailkan representasi?


Jawapan 2:
Representasi anda hendaklah dibuat secara bertulis dan difailkan di pejabat Perhubungan Perusahaan yang paling hampir dengan tempat kerja anda dahulu. (Sila rujuk alamat pejabat JPPM).

Surat rayuan anda hendaklah, antara lain mengandungi butir-butir berikut :

  • bahawa remedi yang dihajati adalah pemulihan kerja;
  • nama, jantina, tarikh lahir, no. kad pengenalan, alamat dan nombor telefon;
  • nama, alamat, nombor telefon dan faks syarikat;
  • jawatan terakhir dan pendapatan sebulan;
  • tarikh perlantikan;
  • tarikh pembuangan kerja;
  • sebab-sebab dibuang kerja;
  • sama ada anda menjadi ahli kesatuan sekerja atau sebaliknya.

Anda juga boleh menyertakan salinan dokumen yang relevan. (Contohnya : surat pembuangan kerja, surat perlantikan)


Soalan 3: Adakah apa-apa bayaran dikenakan?


Jawapan 3:
Tiada bayaran dikenakan.


Soalan 4: Apakah proses yang terlibat setelah saya memfailkan representasi?


Jawapan 4:
Sila rujuk kepada carta aliran dimuka surat Perkhidmatan.


Soalan 5: Siapakah yang boleh mewakili saya dalam prosiding yang dijalankan oleh Jabatan?


Jawapan 5:
Sebagai seorang pekerja :

  • anda boleh mewakili diri sendiri; atau
  • jika anda seorang ahli kesatuan sekerja, anda boleh diwakili oleh pegawai kesatuan atau pekerja kesatuan sekerja berkenaan; atau
  • anda juga boleh diwakili oleh pegawai sesebuah organisasi pekerja (yang bukan merupakan kesatuan sekerja) seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh diwakili oleh peguam, penasihat, konsultan atau sesiapa jua pun melainkan mereka seperti dinyatakan di atas tadi.


Dipetik dari:- http://jpp.mohr.gov.my/bm/soal_jawab.php

3 ulasan:

Aqmar berkata...

Salam,

Saya telah menghantar notis berhenti pada majikan dan tarikh akhir adalah 3 June 2011.

Masalahnya skrg,saya tidak dibayar gaji bulan April dan majikan mengugut tak akan membayar gaji tersebut selagi customer tidak membayar hutang lapuk mereka. Majikan juga mempertikaikan kerja yang saya lakukan dari tahun 2006 yang tak pernah ada masalah.

Beliau juga menjerit2 dan memaki hamun saya dengan memanggil saya bodoh dan "Fuck you". Saya merasa trauma dan tidak tahan dengan tekanan mental yang diberikan lalu saya terus meninggalkan pejabat dan tidak hadir sehingga sekarang.

Adakah saya boleh menuntut gaji yang tidak dibayar oleh majikan saya tersebut.

Saya juga ingin membuat "saman malu" terhadap majikan saya itu sebab memarahi saya secara melulu. Bolehkah saya berbuat demikian?

Yang benar

Tanpa Nama berkata...

nasihat saya pada Aqmar...

En. Aqmar boleh menuntut gaji yang tidak dibayar di Jabatan Tenaga Kerja.. sekiranya majikan tidak membayarnya. ini boleh dilakukan dibawah Seksyen 69, Akta Kerja i955.

untuk saman malu, boleh di failkan di mahkamah sivil..tapi sangat rumit dan mahal.

Wanni berkata...

Assalam,
Saya ada pertanyaan....saya under duress selepas dipaksa majikan untk resign atas kecuaian saya handle duit safebox sehingga short rm700...selepas saya membuat siasatan sendiri atas shortage itu saya sudah pun jumpa duit tersebut kembali tetApi mereka tak nak terima dah memaksa saya resign dan mengugut utk laporkan saya pada pihak polis dah labour office...saya ckp pada majikan buatlah..bukakla cctv semua...lagipun yg handle safebox 2 org...if ada ambil keluar mmg utk tujuan penukaran wang bg urusan perniaagaan...tetapi dia mengugut saya dgn ayat 'if u xsalah pun they will make u guilty in anyhow or else they will find ur mistake to dismiss u or transfer u out to Melaka or KL...lepas tu saya mintak 1 hari utk bincang dgn husband saya...diorg terus ambil semua kunci and esoknya diorg ganti post saya dgn org lain...its a public humiliation..tanpa ada sebarang siasatan terperinci...sekarang saya dah resign under IR act section 20 under duress then saya ada pergi berjumpa GM sendiri and dia ckp dia xsuruh pun paksa saya resign tp still immediate majikan saya paksa...dan sekarg saya dlm process ambil tindakan pada mereka...dan mereka pun baru nak siapkan semua rakaman cctv,disciplinary action,warning letter upon me after saya ckp nk ambil tindakan pada mereka...jadi mcm mana??betulkan tindakan saya??saya stress takut tindakan ini akan revert pada saya di mana mereka akan ckp mereka dah prepare semua tu...sedangkan sebelum tu dia paksa saya resign walaupun saya ckp saya rela naik court buat keterangan..Terima Kasih atas masa encik.