Baiklah, memandangkan saya telah berada di sini, elok jika saya mengulangi sedikit daripada apa yang telah saya perkatakan tentang "Pembuangan Kerja Secara Tidak Adil" atau di dalam bahasa undang-undang (english) disebut "unjust dismissal".
Unjust dismissal berlaku apabila seorang majikan memberhentikan perkhidmatan pekerjanya tanpa alasan yang munasabah atau bertindak secara mala fide (bad faith) sehingga menyebabkan pekerjanya berada di dalam dilema dan berhenti dengan sendirinya. Senario unjust dismissal ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Di antara keadaan yang saya maksudkan termasuklah..
a) Menukarkan lokasi tempat kerja pekerja dengan niat menyusahkan pekerja..
b) Meletakkan pekerja di dalam situasi "cold storage" ( tidak dipecat tetapi tidak diberikan kerja untuk dilakukan)
c) Menahan kenaikan bonus kontraktual pekerja
d) Menarik salah satu atau semua faedah pekerjaan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
e) Gagal mencarum kepada dana amanah pekerja seperti KWSP, SOCSO..
f) Gagal menyediakan persekitaran kerja selamat kepada pekerja
Pekerja seharusnya tahu bagaimana caranya untuk "mengajar" majikan sebegini. Jika berkesempatan saya mencadangkan supaya anda membaca laporan Industrial Law Reports. Di dalam laporan tersebut, mahkamah perusahaan biasa mengawardkan sehingga 24 bulan gaji kepada pekerja yang teraniaya.
Insyaallah, kita akan berbincang dengan lebih lanjut selepas ini.
Rabu, Januari 02, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan