Rabu, Januari 09, 2008

Kes penganiayaan berhubung dengan kesatuan sekerja

Kes penganiayaan berhubung dengan kesatuan sekerja

Dalam [2004] 4 MLJ 67, Bank Muamalat Malaysia Bhd. lwn. Che’ Rus Bin Husin & Ors iaitu pemohon dahulunya adalah Bank Bumiputra Malaysia Bhd ('BBMB'), kini dikenali sebagai Bank Muamalat Sdn Bhd. Pada tahun 1999, BBMB telah bergabung dengan Bank of Commerce Malaysia Bhd ('BOC'), dalam suatu perjanjian di mana BBMB memindahkan aktiviti aset perbankan konvensional kepada BOC dan hanya mengekalkan aset perbankan Islam. Selepas itu, BBMB ditukarkan nama kepada Bank Muamalat dan BOC menjadi Bumiputra Commerce Bank Bhd ('BCB'). BOC menawarkan beberapa pekerja untuk terus bekerja dengan BOC selepas penggabungan tersebut. Mereka yang menerima tawaran tersebut mengambil tindakan guaman terhadap BBMB selepas 19 bulan tawaran tersebut diterima. Pihak responden menuntut yang berikut:

(i) bahawa BBMB gagal mematuhi seksyen 56 Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

(ii) BBMB gagal mematuhi perkara 11 kepada perjanjian kolektif yang berkaitan dengan notis penamatan oleh pihak yang menamatkan servis; dan

(iii) BBMB seharusnya membayar gaji untuk tiga bulan sebagai ganti notis berkenaan (perkara 11). Pemohon pula menyangkal penamatan kerja tersebut dan mengadu bahawa pihak respondenlah yang telah meninggalkan kerja mereka selepas menerima tawaran pekerjaan dalam BCB. Mahkamah perusahaan memihak kepada kepada responden. Maka, permohonan ini dimajukan oleh pemohon untuk perintah certiorari membatalkan award tersebut.

Oleh kerana terdapat pertikaian yang asasi dan jelas berkaitan dengan isu sama ada pemohon telah menamatkan servis responden, mahkamah perusahaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan pertikaian perusahaan tersebut di bawah seksyen 56. Hal ini kerana seksyen 56 Akta berkenaan tidak memberi kuasa kepada mahkamah perusahaan untuk mentafsir terma perjanjian kolektif untuk menentukan skop, sifat dan keinginan pihak dalam terma tersebut. Walau bagaimanapun seksyen 56 adalah diinginkan oleh Parlimen untuk dijadikan prosedur penguatkuasaan terus untuk kes yang jelas tidak mematuhi terma award atau perjanjian kolektif. Bila, fakta dipertikaikan, kuasa tersebut hanya boleh digunakan di bawah seksyen 33(2) Akta tersebut.

Mahkamah perusahaan telah mentafsirkan skop artikel 11 yang terkandung dalam perjanjian kolektif di antara pihak berkenaan sebelum membuat keputusan bahawa pemohon telah mungkir artikel 11. Dengan membuat demikian, mahkamah perusahaan telah melampaui bidang kuasanya. Keputusan mahkamah perusahaan bahawa servis responden-responden telah ditamatkan oleh BBMB tidak disokong oleh keterangan. Tiada bukti wujud bahawa BBMB telah memberikan surat penamatan kepada responden-responden apabila penggabungan di antara BBMB dan BOC berlaku. Walau bagaimanapun, mesyuarat di antara KEPAK (kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja) dan BBMB telah berjaya mewujudkan satu perjanjian di mana BOC pada hari yang sama memberikan surat untuk menjelaskan surat tawaran asal. Tawaran tersebut diterima oleh pihak responden. Tiada sebarang keterangan yang diberikan kepada Mahkamah Perusahaan untuk menyokong bahawa BBMB menamatkan servis responden. Aksi responden menuntut tiga bulan gaji sebagai ganti notis tidak dibuat dengan suci hati. Ini kerana mereka telah menerima tawaran untuk meneruskan kerja selepas merunding suatu penyelesaian dengan BBMB dan BOC dan menjadi pekerja di BOC di atas terma dan syarat yang sama dengan BBMB. Maka, untuk membuat aduan selepas 19 bulan selepas menerima tawaran tersebut bahawa pemohon tidak memberi tiga bulan notis atau pampasan adalah jelas dilakukan dengan niat jahat oleh pihak responden.

Rujukan

Wu Min Aun. 1985. Undang-undang perhubungan perusahaan di Malaysia. Heinemann (Malaysia) sd. Bhd. Kuala Lumupur.

Maimunah Aminuddin,. 1996. Malaysian Employmant Law and Industrial Relations. McGraw-Hill Book. Singapore.

(1981) MLJ 304. Malaysian Law Journal.

Akta Kerja 1955

(2004) 4 MLJ 466. Malaysian Law Journal

(2004) 4 MLJ 67. Malaysian Law Journal

Tiada ulasan: