Rabu, Januari 09, 2008

Mahkamah Perindustrian

Mahkamah Perindustrian sudah ditubuhkan pada tahun 1940 di bawah ‘Industrial Court and Court of Inquiry Rules’.1 Malangnya ia tidak dapat berfungsi dengan baik akibat penaklukan dan penjajahan Jepun. Mahkamah Perindustrian pada masa itu adalah suatu badan arbitrari sukarela dan mendengar pertikaian secara ‘ad-hoc’. Antara 1948 dan 1964 hanya 4 kes yang dibicarakan. Sistem arbitrari sukarela tersebut tidak berlangsung lama kerana ia sudah dipinda akibat konfrontasi Malaysia dengan Indonesia. Walau bagaimanapun konsep arbitrari wajib diperkenalkan melalui Akta Perhubungan Perindustrian (APP) 1967 (Akta 177). Bidang kuasa Mahkamah Perindustrian diperuntukkan dalam Akta Perhubungan Perindustrian 1967. Bidang kuasanya khusus membicarakan kes-kes yang berhubung dengan perhubungan majikan dan pekerja, penamatan pekerja, pertikaian perindustrian dan perjanjian kolektif serta semua perkara yang berkaitan dengannya. Takrif Mahkamah Perindustrian disebut dalam seksyen 2 APP sebagai: Mahkamah Perindustrian yang dilantik di bawah Bahagian VII dan termasuklah, melainkan apabila terdapat maksud yang berlawanan, mana-mana Mahkamah di bawah seksyen 22 yang ditubuhkan bagi maksud mengendalikan apa-apa pertikaian perdagangan atau perkara yang dirujukkan kepadanya dan mana-mana bahagian daripadanya.
Komponen Mahkamah

Mahkamah Perindustrian terdiri daripada seorang Presiden Mahkamah, Pengerusi dan suatu panel perwakilan pihak pekerja dan majikan. Menurut seksyen 21(1) APP:
Mahkamah Perindustrian hendaklah terdiri daripada:
. Seorang Presiden yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
. Suatu panel yang mewakili majikan.
. Suatu panel yang mewakili pekerja.

Pelantikan panel-panel yang mewakili majikan dan pekerja hendaklah dibuat oleh Menteri dan Menteri adalah diizinkan berunding dengan pertubuhan-pertubuhan yang mewakili majikan dan pekerja sebagaimana yang difikirkan relevan.2

Sekiranya mana-mana panel tidak hadir atau tidak berupaya untuk terus hadir dalam mana-mana perbicaraan di Mahkamah Perindustrian, Presiden mempunyai kuasa melantik mana-mana ahli daripada panel berkenaan bagi mengisi kekosongan tersebut.3 Seksyen 22(3) APP pula memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh membicarakan apa-apa perbicaraan tanpa mengisi kekosongan ahli yang tidak hadir selepas mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian.

Kelayakan Presiden dan Pengerusi Mahkamah
Presiden atau Pengerusi4 Mahkamah Perindustrian hendaklah mempunyai pengalaman sebagai seorang Peguam bela dan Peguam cara atau seorang ahli Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan atau Perkhidmatan Perundangan Negeri.5
Yang di Pertuan Agong boleh melantik orang lain bagi menjalankan tugas dan fungsi Presiden atau Pengerusi semasa ketidakhadiran atau ketidakupayaan Presiden atau Pengerusi tersebut. Orang yang dilantik dibenarkan meneruskan tugasnya bagi maksud menyelesaikan perbicaraan atau perkara yang bermula di hadapannya walaupun Presiden atau Pengerusi sudah menyambung semula tugasnya.6 Menurut seksyen 24 APP orang-orang yang dilantik di bawah seksyen 21 dan 23, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dan diberi perlindungan serta kekebalan dalam menjalankan tugas.

Prosiding Mahkamah
Prosiding Mahkamah Perindustrian bagi kes pertikaian perindustrian dan pemecatan tanpa sebab adalah berbeza dan seperti berikut:

- Kes Pertikaian Perdagangan/Perindustrian
Akta Perhubungan Perindustrian memperuntukkan bahawa Mahkamah Perindustrian hendaklah terdiri daripada seorang Presiden dan dua orang ahli panel yang dipilih oleh Presiden yang mewakili majikan dan pekerja ketika mengendalikan kes-kes yang berhubung dengan pertikaian perindustrian.7

Kes-kes yang termasuk dalam kategori pertikaian perindustrian/tred berkaitan dengan terma dan syarat perkhidmatan, terma dan syarat dalam perjanjian kolektif dan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja seperti mogok, sekat masuk dan piket.

- Kes Pemecatan Tanpa Sebab
Menurut seksyen 23(4) APP, Pengerusi dibenarkan bersidang bersendirian bagi membicarakan kes-kes yang berhubung dengan pemecatan tanpa alasan munasabah. Ini bermaksud keperluan panel yang mewakili majikan dan pekerja adalah tidak perlu bagi mengendalikan kes-kes pemecatan pekerja tanpa sebab munasabah.8

Bidang Kuasa Mahkamah
Seksyen 29 APP menjelaskan semua kuasa yang ada pada Mahkamah Perindustrian. Kuasa-kuasa tersebut meliputi perkara-perkara berikut:

(a) memerintahkan supaya mana-mana pihak disatukan, digantikan atau dibatalkan.
(b) mengarahkan pihak-pihak kepada mana-mana prosiding dan mana-mana orang lain yang pada pendapatnya berkaitan dengan prosiding itu.
(c) mengambil keterangan dan mengarahkan supaya dikemukakan buku, surat, dokumen dan benda-benda di hadapannya.
(d) mendengar dan menentukan perkara tersebut walaupun mana-mana pihak gagal mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan oleh Presiden atau ketidakhadiran mana-mana pihak kepada prosiding itu yang sudah disampaikan dengan suatu notis atau saman supaya hadir.
(e) mengendalikan prosiding-prosidingnya atau mana-mana bahagian daripadanya secara persendirian.
(f) selepas berunding dengan Menteri, meminta bantuan daripada seorang atau lebih pakar-pakar.
(g) umumnya mengarahkan dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai-manafaat bagi mempercepatkan penentuan perkara itu.

Secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan dalam Akta Perhubungan Perindustrian (APP) 1967 menjelaskan bahawa Mahkamah Perindustrian sebenarnya mempunyai bidang kuasa mendengar dan membicarakan semua perkara-perkara yang berhubungan dengan majikan dan pekerja iaitu hak-hak pekerja dan majikan, hal-hal yang berkaitan dengan perjanjian kolektif, pemecatan pekerja dan pertikaian perdagangan walaupun seksyen 30(1) APP secara ringkas memperuntukkan Mahkamah Perindustrian mempunyai kuasa memerintahkan award berhubung dengan pertikaian perdagangan dan pemecatan tanpa sebab sahaja. Peruntukan seksyen 30(1) berbunyi:

Mahkamah mempunyai kuasa yang berhubung dengan suatu pertikaian perdagangan yang dirujukkan kepadanya atau berhubungan dengan rujukan di bawah seksyen 20(3) supaya membuat award (termasuk award interim) yang berhubungan dengan semua atau apa-apa isu itu.

Mahkamah Perindustrian mempunyai bidang kuasa mendengar dan membicarakan kes-kes yang berikut:
Pemecatan Tidak Adil.
- Pertikaian Perindustrian.
- Tafsiran Perjanjian Kolektif dan Award.
- Aduan Berkenaan Pelanggaran Seksyen 4, 5, dan 7 APP.
- Perakuan Perjanjian Kolektif.
- Pelanggaran Perjanjian Kolektif dan Award.

. Pemecatan Tidak Adil
Bahagian VI Akta Perhubungan Perindustrian (APP) 1967 menetapkan prosedur perwakilan ke Mahkamah Perindustrian bagi kes-kes pemecatan tidak adil untuk semua pekerja tanpa mengambil kira pekerja tersebut adalah ahli kesatuan sekerja atau tidak.

Seksyen 20(1A) APP, menetapkan tempoh masa bagi memfailkan perwakilan atau representatif bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa enam puluh (60) hari daripada tarikh pemecatan pekerja daripada perkhidmatannya dengan syarat jika pekerja itu dipecat dengan notis, pekerja itu boleh memfailkan representatif tersebut pada bila-bila masa dalam tempoh itu, tetapi tidak lewat dari enam puluh hari selepas tamat tempoh notis itu.

Sementara itu seksyen 20(3) APP, memperuntukkan bahawa selepas menerima perwakilan daripada Ketua Pengarah, Menteri boleh merujuk perwakilan tersebut kepada Mahkamah Perindustrian bagi mendapatkan award pemecatan salah atau tidak adil.

. Pertikaian Perindustrian
Mahkamah Perindustrian juga mempunyai bidang kuasa mendengar pertikaian perindustrian atas permintaan bertulis pihak-pihak kepada pertikaian iaitu kesatuan sekerja pekerja dan kesatuan sekerja majikan melalui Menteri.9 Seksyen 26(1) memperuntukkan bahawa:

Jika sesuatu pertikaian perindustrian wujud atau dijangkakan, Menteri boleh, jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan, merujuk pertikaian itu kepada mahkamah atas permintaan bersama secara bertulis kepada Menteri oleh kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang merupakan pihak kepada pertikaian itu dan majikan yang merupakan pihak kepada pertikaian itu atau kesatuan sekerja majikan-majikan yang merupakan pihak kepada pertikaian itu.

Sementara itu seksyen 26(2) APP, juga mengenakan syarat bahawa sekiranya aduan pertikaian perdagangan tersebut adalah daripada mana-mana perkhidmatan kerajaan atau badan-badan berkanun, persetujuan daripada Yang di Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri mestilah diperoleh terlebih dahulu.

. Tafsiran Perjanjian Kolektif dan Award
Seksyen 33(1) APP memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang terikat dengan award atau perjanjian boleh memohon kepada mahkamah supaya memutuskan tafsiran atau perubahan kepada mana-mana award atau perjanjian kolektif. Mahkamah juga boleh membuat perintah bagi mengubah mana-mana terma dalam award atau perjanjian kolektif supaya ketidaktentuan makna tidak berlaku.

Dalam kes The Emperor Hotel Sdn. Bhd., Melaka lawan Magaindiran S.R. Sundram [1998] 3 ILR 228, satu permohonan dibuat di bawah seksyen 33 APP supaya award mahkamah termasuk bayaran servis, gaji, kenaikan tahunan dan bonus seperti yang diterima oleh pemohon semasa dalam perkhidmatan dengan majikannya. Dalam kes ini mahkamah memutuskan variasi bagi award terdahulu patut dibuat iaitu award mahkamah mestilah termasuk bayaran servis, gaji, kenaikan tahunan dan bonus. Mahkamah dalam kes itu merujuk pada beberapa kes lain termasuk kes Han Chiang High School/Penang Han Chiang Associated Chinese Schools Association lawan National Union of Teachers in Independent School [1990] 1 ILR 455.

. Aduan Pelanggaran Seksyen 4, 5 dan 7 APP 1967
Seksyen 8 APP memperuntukkan bahawa aduan berhubung dengan pelanggaran seksyen 4, 5 dan 7 APP boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah di mana ia kemudiannya akan dirujuk kepada Menteri. Sekiranya aduan tersebut masih tidak dapat diselesaikan, aduan itu akan dirujuk kepada Mahkamah Perindustrian untuk perbicaraan.

Secara ringkasnya seksyen 4 APP meliputi hak-hak majikan dan pekerja berhubung dengan penubuhan, penyertaan, pentadbiran kesatuan sekerja. Seksyen 5 pula meletakkan larangan terhadap majikan dan kesatuan sekerja mereka, berkenaan tindakan-tindakan tertentu berhubung dengan kesatuan sekerja. Larangan juga dikenakan terhadap pekerja dan kesatuan mereka berkenaan tindakan-tindakan tertentu dalam kesatuan sekerja.11

. Perakuan Perjanjian Kolektif
Menurut seksyen 16(1) APP, perjanjian kolektif hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Perindustrian melalui Pendaftar Mahkamah bagi mendapatkan pengiktirafan. Mahkamah mempunyai kuasa untuk tidak memberi perakuan sekiranya perjanjian kolektif tidak mematuhi prosedur menurut undang-undang. Mahkamah juga mempunyai kuasa bicara memberi perakuan dengan syarat
perjanjian kolektif tersebut hendaklah dipinda sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Perjanjian kolektif yang sudah diberi pengiktirafan oleh mahkamah mengikat kesemua pihak dalam perjanjian tersebut dan kesemua pekerja yang bekerja atau kemudiannya diambil bekerja dalam pengusahaan atau sebahagian daripada pengusahaan di mana perjanjian itu berkaitan. Di samping itu, perjanjian kolektif juga akan menjadi syarat tersirat kontrak perkhidmatan antara pekerja dengan majikan melainkan dipinda oleh perjanjian terkemudian atau keputusan oleh Mahkamah Perindustrian.12

. Pelanggaran Perjanjian Kolektif dan Award
Seksyen 56(1) APP memperuntukkan bahawa Mahkamah Perindustrian juga mempunyai kuasa mendengar aduan-aduan yang dibuat secara bertulis berkenaan pelanggaran perjanjian kolektif atau award oleh mana-mana pihak yang terikat dengan perjanjian atau award tersebut.13 Menurut seksyen 56(2) APP, mahkamah mempunyai kuasa membuat perintah berhubung dengan pelanggaran perjanjian kolektif dan award seperti berikut:
(a) Supaya mana-mana syarat perjanjian kolektif atau award dipatuhi.
(b) Supaya berhenti atau tidak melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan syarat dalam perjanjian kolektif atau award.
(c) Membuat perintah yang sesuai bagi membetulkan apa-apa pelanggaran berkaitan mana-mana syarat dalam perjanjian kolektif atau award.
(d) Membuat perintah yang difikirkan sesuai bagi meminda atau membatalkan mana-mana syarat perjanjian kolektif atau award di bawah keadaan-keadaan khas.

. Award
Seksyen 30(3) APP, memperuntukkan bahawa Mahkamah Perindustrian hendaklah memutuskan award secepat mungkin dan sekiranya praktis dalam masa tiga puluh hari daripada tarikh rujukan perkara ke mahkamah. Seksyen 2 APP mentafsirkan award sebagai:

Suatu award yang dibuat oleh mahkamah berkenaan apa-apa pertikaian perdagangan atau perkara yang dirujukkan kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat olehnya di bawah Akta Perhubungan Perindustrian.

Keputusan Mahkamah pula hendaklah dibuat sebulat suara melalui keanggotaannya.14 Keputusan majoriti hendaklah terpakai sekiranya tiada keputusan sebulat suara dan jika tiada keputusan majoriti, keputusan hendaklah daripada Presiden atau Pengerusi. Menurut seksyen 30(4) APP, ketika membuat award Mahkamah Perindustrian hendaklah memberi perhatian terhadap kepentingan awam, implikasi kewangan dan kesan award terhadap ekonomi negara dan industri berkenaan serta industri lain yang ada hubungan atau sama dengannya.

Mahkamah Perindustrian juga bersikap prihatin kerana ia hendaklah bertindak mengikuti ekuiti, perasaan hati yang baik dan merit kes tanpa memikirkan perkara teknikal serta berbentuk undang-undang.15 Dalam kes Kesatuan Pekerja-pekerja Perkayuan lawan Syarikat Jengka Sdn. Bhd.16 Mahkamah Rayuan menyatakan dalam mentafsirkan perjanjian kolektif, kaedah-kaedah normal berhubung dengan penentuan niat kedua-dua pihak yang terlibat tidak boleh digunakan kerana Mahkamah Perindustrian hendaklah bertindak mengikuti ekuiti, perasaan hati yang baik dan merit kes tanpa memikirkan perkara teknikal serta berbentuk undang-undangSelain daripada itu seksyen 30(5A) APP memperuntukkan bahawa:

Dalam membuat awardnya, mahkamah boleh menimbangkan apa-apa perjanjian atau kanun yang berkaitan dengan amalan-amalan pekerjaan di antara pertubuhan-pertubuhan yang mewakili majikan dan pekerja mengikut susunan masing-masing jika perjanjian atau kanun tersebut telah diluluskan oleh Menteri.

Menurut seksyen 30(6) APP, Mahkamah Perindustrian dalam membuat awardnya tidak boleh menyekat relif spesifik atau permintaan-permintaan yang dituntut oleh kedua pihak-pihak tetapi boleh memasukkan di dalam award itu apa-apa perkara atau benda yang difikirkan perlu atau suai-manfaat bagi maksud menyelesaikan pertikaian perdagangan atau rujukan kepadanya di bawah seksyen 20(3) APP.

. Kesan Award
Menurut seksyen 32(1) APP award yang diputuskan oleh Mahkamah Perindustrian mengikat pihak-pihak yang berikut:
(a) semua pihak kepada pertikaian atau rujukan kepada mahkamah menurut seksyen 20(3) APP yang hadir atau diwakili di mahkamah dan semua pihak yang disatukan atau diganti atau diarah supaya hadir atau diwakili di mahkamah, semua pekerja yang bekerja atau kemudiannya bekerja dalam pengusahaan atau sebahagian daripada pengusahaan yang berhubung kait dengan pertikaian.
(b) semua ahli dalam kesatuan sekerja majikan yang berhubung kait dengan pertikaian dan kesatuan sekerja yang merupakan pihak dan pengganti-pengganti, pemegang-pemegang serah hak dan penerima-penerima pindahan bagi ahli-ahli tersebut.
(c) mana-mana pengganti, pemegang serah hak atau penerima pindahan bagi mana-mana majikan atau kesatuan sekerja majikan dan mana-mana pengganti kepada kesatuan sekerja pekerja.

Mana-mana award yang diputuskan oleh Mahkamah adalah menjadi terma tersirat kontrak antara majikan dengan pekerja berkenaan kadar upah dan syarat-syarat pekerjaan sehingga ia dipinda oleh award yang berikut atau perjanjian antara mereka bermula daripada tarikh award itu atau daripada suatu tarikh itu dan bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam award itu.17

Mahkamah juga boleh menetapkan tempoh sesuatu award patut berkuat kuasa tetapi sekiranya ia memutuskan bahawa mana-mana award berkuat kuasa kebelakangan maka peruntukan seksyen 30(7) APP hendaklah dipatuhi. Seksyen 30(7) menyebut:

Sesuatu award boleh menyatakan tempoh di mana ianya hendaklah terus berkuat kuasa, dan boleh kebelakangan kepada suatu tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam award:

Dengan syarat bahawa tarikh kebelakangan award itu tidak boleh, kecuali dalam hal suatu keputusan mahkamah di bawah seksyen 33 atau suatu perintah mahkamah di bawah seksyen 56(2)(c) atau suatu award mahkamah bagi mengembalikan semula seorang pekerja atas suatu rujukan kepadanya berkenaan dengan pemecatan seorang pekerja, lebih awal dari enam bulan daripada tarikh di mana pertikaian itu dirujukkan ke mahkamah.

Mahkamah juga mempunyai kuasa membetulkan apa-apa kekhilafan berkenaan dengan kesilapan tulisan yang timbul daripada apa-apa ketinggalan yang tidak disengajakan dalam mana-mana award yang sudah diputuskan olehnya.

Semua award yang diputuskan oleh Mahkamah Per-industrian hendaklah ditandatangani oleh Presiden atau Pengerusi, sekiranya Presiden atau Pengerusi tidak berupaya menandatangani, maka ahli-ahli lain dibenarkan me-nandatangani award tersebut.

Rayuan Ke Mahkamah Tinggi
Seksyen 33B APP, memperuntukkan bahawa tertakluk kepada APP dan seksyen 33A, mana-mana award, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perindustrian adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, diketepikan atau dipersoalkan di mana-mana Mahkamah. Namun begitu, menurut keputusan kes Tan Hong Yak lawan Nixdorf Computer (M) Sdn. Bhd.20 keputusan Mahkamah Perindustrian masih boleh dicabar jika awardnya dibuat tidak menurut bidang kuasanya.

Walau bagaimanapun, seksyen 33A APP masih membenarkan permohonan oleh mana-mana pihak kepada perbicaraan berkenaan persoalan undang-undang sahaja ke Mahkamah Tinggi. Menurut seksyen 33A rujukan kepada Mahkamah Tinggi boleh dibuat berkenaan dengan persoalan undang-undang:-
(a) Yang timbul dalam prosiding.
(b) Di mana penentuan oleh Mahkamah memberi kesan kepada award.
(c) Apabila pada pendapat Mahkamah adalah amat penting sebagai rujukan.
(d) Di mana pada pendapat Mahkamah ada keraguan yang cukup sebagai rujukan.

Sebarang permohonan rujukan persoalan undang-undang hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari21 daripada tarikh award Mahkamah Perindustrian. Seksyen 33A(7) menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kesan sama seperti award di bawah seksyen 32 APP, di mana keputusan itu adalah terakhir dan muktamad serta tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, diketepikan atau dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah lain atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa, kehakiman atau sebagainya.

Kesimpulan
Mahkamah Perindustrian berbeza daripada mahkamah-mahkamah biasa yang lain. Mahkamah Perindustrian ditubuhkan khusus bagi mendengar pertikaian yang melibatkan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan kesatuan majikan. Pendekatan Mahkamah Perindustrian juga berbeza daripada mahkamah biasa kerana ia bertindak mengikut ekuiti, perasaan hati yang baik dan merit kes yang substantial tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang.

KESATUAN SEKERJA - HAK DAN TUNTUTAN

Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain hasil daripada perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabang industri. Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di seluruh dunia sehingga kini.

Di Malaysia, MTUC ditubuhkan pada tahun 1957 untuk melindungi dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Definisi kesatuan sekerja

Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bermaksud seperti berikut:

"…apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan."

a) dalam mana-mana pertubuhan, trend, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa industri yang serupa;
b) sama ada secara sementara atau tetap; dan
c) yang mempunyai antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut…….”

Akta-akta yang berkaitan pula ialah:

1. Perkara 10(1)(c) Perlembangaan Persekutuan menjamin hak warganegara untuk menyertai persatuan.

2. Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 seksyen 4 dan 5 yang memperuntukkan jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin kebebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh ada campur tangan atau ancaman daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk menubuhkan atau menyertai atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)(a), 5(1)(b), 5(1)(c), 5(1)(d) dan 5(1)(e).

Peranan kesatuan sekerja

Kebajikan pekerja menjadi fokus kesatuan sekerja kerana banyak perkara yang melibatkan pekerja. Antaranya ialah:

1. perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan.

2. pembangunan sumber manusia.

3. mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak.

4. kesihatan dan keselamatan pekerja.

5. kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO)

Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti berikut:

-Memperluas ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam masyarakat
-Memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh
-Kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja menurut kehendak undang-undang
-Isu pengangguran dan guna tenaga
-Peningkatan dari segi kadar kemiskinan
-Hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja
-Penswastaan tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja
-Peningkatan marginal pekerja terutamanya pekerja wanita, golongan pekerja asing dan peningkatan buruh kanak-kanak dalam pasaran buruh.

Peranan kesatuan sekerja adalah mengikut kesatuan masing-masing. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Awang Abdullah (2002), perjuangan MTUC adalah lebih tertumpu kepada:

a. hak gaji minimum
b. hak pekerja
c. pembangunan kemahiran dan buruh asing
d. piawaian keselamatan dan kesihatan pekerja
e. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Fungsi kesatuan sekerja

Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu memberi manfaat kepada setiap ahli dalam perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri.

Kesatuan memberi balik tanggungjawab yang diamanahkan oleh individu dengan harapan setiap ahli mendapat apa yang dikehendaki.

Kenapa pula pekerja melibatkan diri dalam kesatuan sekerja?

Maimunah (2007) menyatakan tiga tujuan utama pekerja ingin melibatkan diri dalam kesatuan pekerja iaitu:

1. untuk membaiki keadaan ekonomi mereka
2. untuk menentukan hak mereka dilindungi
3. atas sebab-sebab sosial

Motif ekonomi

Ekonomi sentiasa menjadi dorongan di mana sahaja. Keadaan hidup yang lebih baik menjadi pilihan pekerja dan cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan menyertai kesatuan sekerja yang ditubuhkan.

Melalui kesatuan, mereka dapat memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan yang lebih baik dan memuaskan. Contohnya tuntutan kenaikan gaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) awal tahun yang lalu telah menyebabkan kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji baru kepada kakitangan kerajaan seluruh negara.

Meningkatkan kekuatan perundingan pekerja di mana pekerja mempunyai kuasa apabila bergabung dan kuasa untuk berunding dengan majikan berkaitan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.

Mendapatkan faedah yang ditawarkan oleh majikan sepertimana MTUC yang menyediakan pendidikan kesatuan dan latihan, NUEB menyediakan perlindungan insuran, NUPW memberi biasiswa kepada anak-anak ahli dan NUPCIW menyediakan pampasan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia, banjir, kebakaran atau mala petaka yang lain.

Motif sosial

Hidup berkumpulan menjadikan setiap individu merasa diri mereka mendapat sokongan dan bantuan. Justeru, dalam kesatuan ini mereka juga mempunyai motif sosial iaitu:

a) Keperluan untuk dipunyai dalam kumpulan (teori hirarki keperluan)
Dalam kumpulan, hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial yang sama memberi semangat kepada pekerja untuk membina faedah yang lebih banyak seperti polisi insuran, pusat jagaan dan lain-lain faedah. Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan merupakan keperluan sosial yang diperlukan oleh pekerja.

b) Pengaruh rakan sejawat
Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya dapat mendorong pekerja lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti rakan sejawat.

c) Memperlihatkan daya kepimpinan
Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifat-sifat kepimpinan dalam hirarki kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat untuk membaiki syarat-syarat dan keadaan pekerjaan.

Perlindungan hak

a) Diskriminasi, eksploitasi dan layanan yang tidak adil di tempat kerja
Contohnya kes yang berlaku di Sea Firebricks di mana pembayaran gaji yang berlainan berdasarkan gender untuk jumlah kerja yang sama, Di sini jelas terdapat layanan yang tidak adil berdasarkan gender pekerjanya.

b) Jaminan kerja – dari pembuangan atau pemecatan yang tidak adil
Menyertai kesatuan agar dapat melindungi pekerja dari segi jaminan kerja melalui kontrak kesatuan yang mengandungi peraturan-peraturan tegas berkenaan jaminan pekerja.

Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja telah dijelaskan oleh Farnham dan Pimplott (1995) sebagai:

i) Pertukaran struktur di dalam corak pekerjaan kebangsaan (structural changes in the pattern of national employment)

ii) Pertumbuhan dan penurunan di dalam ekonomi nasional (growth and decline in the national economy)

iii) Politik, perundangan dan persekitaran sosial perusahaan perindustrian (political, legal and social climate of industrial relations)

iv) Imej kesatuan, tarikan dan pemimpin (trade union image, appeal and leadership)

Kenapa majikan menghalang penubuhan kesatuan?

Walaupun kesatuan sekerja memberi banyak faedah kepada pekerja, ianya tidak membawa manfaat yang besar kepada majikan kerana meningkatkan kos tenaga buruh, pekerja yang tidak cekap diberikan perlindungan dan mengganggu perkhidmatan awam.

Contohnya syarikat makanan segera, McDonalds. R. Queenland (eksekutif dan pengurus) menyatakan bahawa implikasi pertama berurusan dengan kesatuan sekerja ialah peningkatan kos gaji dan lain-lain faedah sampingan. Justeru ini membebankan majikan untuk jangka masa panjang.

Tindak balas majikan terhadap kesatuan

Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan. Biasanya, kekuatan kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara terbuka dengan majikan seperti yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta api. Selagi permintaan mereka tidak ditunaikan oleh majikan, mogok akan diteruskan. Apabila kerajaan bersetuju dengan beberapa tuntutan kesatuan, para pekerja kembali bekerja dan perkhidmatan pengangkutan awam kereta api pulih seperti sedia kala.

Pertelingkahan secara terbuka tetapi terkawal dapat mengurangkan tempoh konflik kerana kedua-dua pihak, pekerja dan majikan dapat mengawal keadaan.

Apabila Cuepacs memohon bonus diberikan kepada kakitangan kerajaan tetapi tidak dapat, Cuepacs masih cuba mencari penyelesaiannya.

Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima dengan senang hati. Apabila majikan mendapati prestasi organisasi sangat memberangsangkan, mereka memikirkan bentuk penghargaan yang boleh diberikan kepada pekerja. Biasanya kesatuan sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikan pekerja yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan akan tunaikannya dengan mudah.

Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan sekerja dan majikan. Kerjasama ini pasti membantu pekerja dan majikan meningkatkan kualiti dan produktiviti masing-masing. Kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berkekalan.

Cara majikan menghalang kesatuan

Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja bertindak kerana imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada majikan.

Keadaan ini amat mencemaskan jika kesatuan sekerja merancang mengadakan demonstrasi atau mogok. Ini kerana satu sebab: mencemarkan imej majikan seterusnya menjejaskan produktiviti organisasi. Jadi, bagi mengelakkan kesatuan sekerja "naik kepala" dengan membuat tuntutan yang melampau, ada beberapa cara yang digunakan oleh majikan seperti:

-bayar gaji dan faedah lebih baik
-libatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, laksana polisi sistem terbuka secara efektif
-tawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan
-mengembangkan perasaan percaya dan setia dalam organisasi dengan cara pihak pengurusan mendapatkan maklum balas terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap organisasi.

Contohnya kilang-kilang elektronik di Malaysia. Majikan berjaya mengelakkan pekerjanya mempunyai kesatuan selama 15 tahun. Langkah yang diambil oleh mereka ialah:

-bayaran gaji berpatutan
-khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah
-keadaan tempat kerja yang selamat
-menjaga kebajikan pekerja seperti sambutan hari lahir
-tempat makanan yang bersih dan berhawa dingin
-sediakan pengangkutan percuma pergi dan balik

Kesimpulan

Di bawah Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan Malaysia menggalakkan kegiatan kesatuan sekerja dalaman. Ini kerana ia amat praktikal kerana golongan pekerja dan majikan dapat membuat sesuatu keputusan dengan segera demi meningkatkan produktiviti syarikat.

Elemen-elemen baru hubungan industri seperti kerja dalam pasukan, penglibatan pekerja, perkongsian keuntungan akan menjadi perhatian utama kesatuan sekerja dan majikan pada masa depan.

Selasa, Januari 08, 2008

PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA


ABSTRAK

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dengan sesebuah organisasi. Apabila memperkatakan topik sumber manusia, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kumpulan manusia ini ditadbir atau dipimpin oleh seorang ketua yang diwakilkan oleh organisasinya dengan menggunakan metodoloji pengurusan sumber manusia. Pemimpin ini biasanya digelar Pengurus Sumber Manusia.

Perancangan sumber manusia pula menuntut pengurusan sumber manusia mengenali kehendak kakitangannya hasil daripada kerjanya sekaligus kehendak organisasi ke atas kakitangan berkenaan. Cabaran kepada pengurusan sumber manusia ialah bagaimana menjadi 'orang tengah' bagi merancang dengan teliti cara untuk menemukan kedua-dua kehendak ini secara kualitatif dan kuantitatif.

1.1 Keperluan dan Kehendak Sumber Manusia

Persoalannya apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kakitangan dan pekerja sesebuah organisasinya hasil sumbangan kerja yang telah dicurahkan kepada majikannya (organisasi)?

Pakar pemotivasi dan pembinaan pasukan mendefinisikan kehendak ini sebagai 'motivator' atau 'pemotivasi' kerja dan produktiviti. Pakar kualiti pula menggelarkan kakitangan dan pekerja dari satu perspektif sebagai "pelanggan dalaman" yang perlu dipenuhi kehendak dan kepuasannya menerusi spesifikasi yang tepat oleh "pembekal dalamannya" ketika itu iaitu organisasi. Teori asas ekonomi dan perdagangan menekankan perkara ini sebagai sebahagian daripada keperluan asas (prerequisites) kemanusiaan untuk kesinambungan hidup. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mendefinisikan sebahagian keperluan ini sebagai menjaga "kebajikan" pekerja.

Walau apapun pendapat dan haipotesis yang diberikan, pada amnya keperluan pekerja dan kakitangan boleh dibahagikan kepada dua kategori :-

a) Keperluan Nyata (tangible) - berbentuk kewangan seperti bonus, gaji, elaun, pampasan dsb. Selain itu, hadiah berupabentuk material seperti piala, lencana, surat pujian dan sebagainya juga termasuk dalam keperluan yang nyata.

b) Keperluan Tidak Nyata (intangible) - berbentuk pujian dari majikan, kepuasan bekerja, status, kuasa membuat keputusan sendiri dalam skop kerja, proses kerja fungsi silang, kesesuaian pergaulan dengan rakan sekerja, rasa pemilikan serta bangga bekerja dengan organisasi dan lain-lain.

1.2 Keperluan Organisasi Terhadap Sumber Manusia

Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantunya. Walaupun perniagaan individu sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain untuk wujud.

Berasaskan kenyataan ini, maka organisasi perlu mengenalpasti kehendak pekerja dan kakitangannya bagi memuaskan "spesifikasi" yang diletakkan oleh mereka demi mencapai objektif meningkatkan produktiviti, kualiti, keuntungan sekaligus kos yang optima.

Objektif ini hanya akan dapat dicapai menerusi perancangan yang teliti ke atas sumber manusia. Namun begitu, organisasi tidak wajar mengurus dan merancang sumber manusia dengan menyamakan mereka dengan pengurusan dan perancangan sumber-sumber material, teknologi, dokumen, data dan rekod atau kewangan. Apa yang perlu difahami oleh organisasi ialah pekerja mereka memerlukan kepuasan daripada kerja yang mereka lakukan supaya masa dan kemahiran mereka dapat dirancang dengan baik.

1.3 Menyesuaikan Pengurusan dan Perancangan Sumber Manusia

Kepelbagaian skop industri biasanya akan melibatkan pendekatan pengurusan dan perancangan sumber manusia yang agak berbeza walaupun asasnya iaitu keperluan kedua belah pihak perlu dipenuhi adalah sama. Sebagai contoh, sektor perkilangan biasanya mempunyai kesatuan sekerja bagi menyuarakan kehendak mereka menerusi perjanjian/perundingan berkumpulan (collective agreement and bargaining)

Bagi sektor yang melibatkan hanya kakitangan eksekutif, keperluan mereka biasanya disuarakan menerusi satu jawatankuasa dalaman atau secara langsung mengikut prosedur rungutan yang telah ditetapkan.

Manakala kakitangan tanpa kesatuan sekerja memerlukan kefahaman keatas hak mereka mengikut terma-terma serta kondisi yang tercatit dalam kontrak perkhidmatan, surat perlantikan, piawai etika kerja dan lain-lain yang konsisten pula dengan undang-undang negara.

Pembangunan pesat sumber manusia mengikut trend telah meninggalkan impak yang kuat terhadap evolusinya. Pengurusan dan perancangan sumber manusia bukanlah terikat kepada teknik-teknik tertentu, kerja-kerja berorientasikan personel dan perhubungan awam semata-mata. Ianya lebih cenderung kepada memahami objektif organisasi dan kakitangannya. Pengurus Sumber Manusia sesebuah organisasi harus mengenali keperluan-keperluan ini dan mengatur strategi bagi mencapainya menerusi program pengambilan kerja, latihan dan pembangunan, kaunseling, perundingan, penilaian, gaji/pendapatan dan lain-lain. Pengurus Sumber Manusia juga perlu menjadi 'orang lapangan' dan tidak terhad kepada pejabat yang berhawa dingin, duduk pada sofa empuk dan memakai kot.

Bagi mencapai kemahiran sumber manusia diatas, pengurusan dan perancangan menuntut supaya mereka yang terlibat dalam arena ini supaya mengemaskinikan diri dengan pengetahuan-pengetahuan terkini seperti pengurusan pengetahuan (knowledge management) yang melibatkan aspek-aspek terkini dalam bidang kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, teknologi maklumat, elemen-elemen asas teknikal dan beraneka sistem serta metodoloji pembangunan pengurusan moden. Hari ini juga sedang hangat diperkatakan impak globalisasi moden terhadap pengurusan sumber manusia.

1.4 Anjakan Paradigma

Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai "kos" kepada organisasi. Kini, mereka dikenali pula sebagai "aset" kepada organisasi. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Paradigma ini juga menjadikan pengurusan sumber manusia lebih telus sekaligus pula memudahkan perancangan sumber manusia yang selaras dengan kehendak kedua belah pihak samada kakitangan atau pun organisasi.

Pengurusan tertinggi organisasi juga semakin sedar kepentingan adalah barisan pengurusan dan perancangan sumber manusia yang trampil. Mereka juga memastikan kakitangan yang menerajui jabatan sumber manusia sesebuah organisasi adalah terdiri dariapda mereka yang mampu memanifestasikan misi, objektif dan sasaran korporat; dengan kata lain; "making things happen". Perkaitan secara fungsi silang (cross-functional) juga telah dikenalpasti iaitu perhubungan erat diantara jabatan sumber manusia dan jabatan-jabatan lain seperti pengeluaran, pemasaran, pengurusan am, pentadbiran, kewangan, kawalan kualiti, penyelidikan dan pembangunan dan lain-lain.

Perkaitan fungsi silang ini akan menyumbang kepada kerja berpasukan diantara jabatan-jabatan dan menjadikan sistem serta falsafah pengurusan menjadi lebih telus pada keseluruhan organisasi. Contohnya, jika jabatan pengeluaran berhasrat mengambil seseorang penyelia, pengurusnya perlu mengisi "Borang Keperluan Pekerja" dan menghantarnya kepada jabatan sumber manusia untuk proses seterusnya. Jabatan sumber manusia akan mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan samada secara dalaman atau luaran.

Iklan secara dalaman pula biasanya disahut oleh jabatan yang mempunyai lebihan pekerja. Maka jabatan sumber manusia memastikan pekerja ini dipindahkan ke jabatan pengeluaran menerusi proses-proses latihan yang ringkas dengan mengambilkira aspek kenaikan gaji serta pangkat pekerja berkenaan. Hal ini pasti menggembirakan pengurusan tertinggi kerana penjimatan kos telah berlaku.

Sekiranya pengambilan luar diperlukan, maka jabatan sumber manusia dengan kerjasama jabatan pengeluaran akan menyenaraitapis calon yang diperlukan. Dalam proses pengawasan seseorang penyelia baru, jabatan pengeluaran mungkin memerlukan penyelia berkenaan menyertai kursus-kursus dalaman dan luaran yang terdapat dalam senarai program latihan jabatan sumber manusia. Dari sini, jabatan sumber manusia; sebaik sahaja menerima "Borang Keperluan Latihan" akan menganalisis keperluan latihan yang sesuai untuk penyelia berkenaan.

Setelah mendapat maklumbalas latihan dan susulan prestasi hasil dari latihan, penyelia berkenaan akan disahkan perkhidmatannya dan diberikan ganjaran yang sesuai.

Proses diatas walaupun pada dasarnya hanya melibatkan dua jabatan sahaja, tetapi ianya juga secara langsung dan tidak langsung melibatkan pula kelulusan dari pengurusan tertinggi dan rujukan daripada jabatan kewangan dalam konteks kos, malah tidak keterlaluan jika dikatakan, hari ini pelanggan/pembekal/pemborong/pengedar yang biasa berurusan dengan jabatan pengeluaran kadangkala perlu diperkenalkan kepada kakitangan yang baru dalam sesebuah organisasi.

2.0 NILAI-NILAI PENGURUSAN DAN PERANCANGAN

2.1 Objektif

Walaupun falsafah baru pengurusan dan perancangan sumber manusia hanya popular kebelakangan ini, tetapi ilham yang dicetuskan untuk mengubahnya telah lama diperkenalkan oleh para pemikir barat dan timur.

2.2 Falsafah Sumber Manusia Timur dan Barat

2.2.1 Sun-Tzu

Antara panduan purba yang paling popular dikalangan negara-negara Asia terutamanya Jepun hari ini ialah "Kesenian Peperangan Sun Tzu" yang diperkenalkan di negara China kira-kira 2,500 tahun yang lampau. Sun Tzu menekankan strategi peperangannya menerusi aturan organisasi, perancangan dan kepimpinan.

Faktor sumber manusia banyak sekali ditekankan oleh Sun Tzu dari aspek latihan, disiplin dan kesetiaan mereka. Sun Tzu berpendapat bahawa :-

"tentera yang menekankan undang-undang yang ketat dan mentadbir ganjaran serta hukuman dengan cara yang tidak membebankan akan menyemarakkan semangat peperangan positif.

Jika seseorang anggota tentera dihukum sebelum menguji kesetiaan mereka, mereka akan menjadi tidak setia dan ini menyebabkan kesukaran dalam mengambil mereka berkhidmat.

Namun jika seseorang tentera menunjukkan rasa kesetiaan tanpa sebarang hukuman dikenakan atas sesuatu kesalahan, ianya juga tidak mendatangkan sebarang faedah"

2.2.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh

Tamat Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat sebagai negara yang dikira agak maju dari segi barangan berasaskan kejenteraan (termasuk ketenteraan) dan automotif begitu angkuh menguasai pasaran dunia. Ketika ini, kualiti tidak begitu dipentingkan walaupun telah mempelajari impak daripada Revolusi Perusahaan. Kakitangan dan pekerja mereka mengalami tekanan yang hebat terutamanya diskriminasi warna kulit, keturunan dan ugama. Konsep pengurusan berpusat (centralised management) begitu kuat sekali yang jelas membezakan pengurusan tertinggi dan kakitangan bawahan.

Akhirnya dua orang intelek kualiti AS iaitu Juran dan Deming cuba memperkenalkan konsep kemanusiaan kepada usahawan Amerika Syarikat tetapi gagal. Akhirnya, mereka telah mencuba nasib dengan memasuki Jepun yang baharu sahaja mengalami ledakan bom atom AS keatas Hiroshima dan Nagasaki. Juran dan Deming mendapati nilai-nilai ketimuran seperti rajin bekerja, kesetiaan, sanggup berkorban demi pembangunan begitu kuat dalam jiwa orang-orang Jepun. Dalam jangkamasa yang pendek, Juran dan Deming telah berjaya mempengaruhi budaya kerja Jepun (kai-zen - peningkatan berterusan) sehinggalah AS dikalahkan pula dari segi perdagangan automotif apabila Honda menguasai pasaran Amerika Syarikat. Ketika itu, harga minyak sedang melambung tinggi disebabkan Peperangan Arab-Israel yang menyebabkan pengguna dan pekerja AS sendiri menukar selera samada menggunakan kereta Honda atau berkhidmat dengan Honda. Pemindahan ini telah menyebabkan ramai industri automotif AS terpaksa gulung tikar kerana limusin yang dibangga-banggakan itu akhirnya telah dipinggirkan oleh orang mereka sendiri.

Kira-kira tahun 1982, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Ronald Reagan telah mengambil kembali ilham Deming dan Juran untuk memperkenalkan anugerah industri 'Malcolm Balridge' bagi memulihkan kegemilangannya. Kini pengurusan yang 'revolutionary' ini dikenali sebagai 'Pengurusan Kualiti Menyeluruh' atau TQM. TQM akhirnya melahirkan banyak idea berhubung pengurusan dan perancangan sumber manusia secara kualitatif dan kuantitatif seperti '5 Turus TQM' (Jeneral (B) Bill Creech - Tentera Udara Amerika Syarikat - USAF), 'Total Quality Advantage', 7+7 Perkakasan QCC, 6 Sigma, Kitaran PDCA dan lain-lain.

Ianya juga menjadi pemangkin kepada standard kualiti popular ISO 9000:1994 yang berasal daripada Eropah menerusi versi terkini iaitu ISO 9001:2000 yang begitu banyak menekankan elemen-elemen TQM.

2.2.3 Kesimpulan

Jelas kepada kita bahawa contoh kedua-dua elemen dari Timur dan Barat ini telah memainkan peranan yang begitu signifikan dalam evolusi pembangunan dan perancangan sumber manusia. Banyak lagi falsafah-falsafah lain yang telah diperkenalkan seperti "Teori X dan Y MacGregor" , "T dan T Hofstede", Confucius, Han Fei Tzu dan lain-lain.

Kini kedua-dua contoh pengurusan diatas telah menjadi sebahagian daripada modul akademik pengurusan sumber manusia untuk kebanyakan IPT termasuk Malaysia. Contoh-contoh ini juga telah dipraktikkan oleh hampir kesemua pengamal-pengamal sumber manusia dari berbagai jenis organisasi.

3.0 PENGURUSAN DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA DI ASIA TENGGARA

3.1 Objektif

Pengamalan pengurusan dan perancangan sumber manusia di Asia Tenggara banyak melibatkan jenis dan skop industri serta perniagaan itu sendiri. Pengurusan dan perancangan sumber manusia banyak mengalami perubahan hasil pengaruh daripada sistem dan pendekatan yang digunakan oleh Barat dan Timur termasuk negara-negara rantau Asia yang lain.

3.2 Asia Tenggara dan Malaysia

Disebabkan pengaruh penjajahan dan faktor peperangan, banyak negara Asia Tenggara masih terpengaruh dengan sistem sejarah, politik dan kebudayaan yang ditinggalkan oleh penjajah terutamanya British, Belanda, Portugis dan Jepun .

Di Hong Kong dan Singapura, masih terdapat teknik pengurusan dan perancangan sumber manusia yang berbentuk berpusat dan piramid (umpamanya 'hongs' di HK) dengan meletakkan pengurusan tertinggi termasuk sumber manusia sebagai 'boss'. Ini menjadikan organisasi-organisasi ini lebih mementingkan keuntungan daripada kebajikan sumber manusia mereka. Walaupun kejayaan diperolehi secara sistem laissez-faire, ternyata pengabaian kebajikan kakitangan dan pekerja telah menyebabkan turnover yang begitu tinggi dalam organisasi masing-masing.

Di China pula, semasa sistem sosialis dan komunis memainkan peranan, ramai pekerja dan kakitangan menderita psikologi disebabkan paksaan dan tekanan yang diletakkan keatas mereka. Kini; menerusi era Teknologi Maklumat dan kemasukan kembali Hong Kong; China telah mengamalkan konsep 'pintu terbuka' untuk memberi laluan kepada sistem-sistem baru daripada Barat dan ASEAN dan mengembalikan nilai-nilai purba seperti Sun-Tzu dan Confucius.

Thailand, Filipina dan Indonesia yang dahulunya banyak dipengaruhi Belanda dan Portugis kini mempunyai pengaruh yang kuat daripada Amerika Syarikat dalam pentadbiran organisasi mereka.

Malaysia adalah negara yang paling unik dalam konteks pengurusan dan perancangan sumber manusianya. Dari fahaman British, organisasi di Malaysia menerima haipotesis daripada Jepun, Korea dan Amerika Syarikat tanpa membelakangkan nilai-nilai murni keagamaan, adat resam serta kebudayaan.

Mengikut tinjauan Sarachek dan Aziz (1986), organisasi di Malaysia cenderung kepada pengurusan dan perancangan sumber manusia berasaskan :-

  • Ketrampilan dan Kemahiran Manusia
  • Pengetahuan Tugasan/Fungsi
  • Pentadbiran
  • Kesetiaan terhadap organisasi

4 elemen diatas telah menggantikan teknik 'purba' British seperti keturunan seseorang pekerja atau pengaruh atau hubungan dalaman (contact) dengan pengurusan yang kadangkala mempunyai hubungan persaudaraan.

Perbandingan rambang antara organisasi Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Malaysia pula menunjukkan bahawa :-

  • Organisasi Malaysia lebih menghormati hak peribadi seseorang pekerja dan keupayaan membuat keputusan sendiri dalam apa juga tugas yang dilakukan. Organisasi Jepun/Korea/AS pula lebih mementingkan keputusan yang mampu dihasilkan secara telus manakala keupayaan membuat keputusan adalah sama dengan Malaysia.
  • Pekerja dan kakitangan Malaysia di organisasi Jepun/Amerika/.US; walaupun terpaksa bekerja keras; berpendapat tidak perlu ke tahap mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan majikan semata-mata. Ini kontra dengan pengurusan mereka yang sanggup 'mati kerana kerja' atau 'dibuang kerja serta akauntabiliti jika gagal' dan sesetengahnya disusuli pula dengan 'joli bermati-matian selepas selesai sesuatu tugasan dengan jayanya'
  • Ada juga kakitangan Malaysia yang berpendapat bahawa pemimpin mereka perlu menjaga keseluruhan kebajikan mereka. Manakala Jepun/AS/Korea lebih mementingkan kualiti dan kuantiti kerja dalam menentukan ganjaran yang sesuai diberikan kepada kakitangannya.
  • Organisasi Jepun/AS/Korea biasanya cuba mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dengan membayar gantirugi dan pampasan yang tinggi kepada kakitangannya. Ini dilakukan semata-mata untuk meneruskan operasinya tanpa henti kerana kemungkinan kerugian produktiviti. Organisasi Malaysia didapati lebih berani bersemuka dan mengendalikan kes sehingga ke peringkat Mahkamah.

4.0 PERANCANGAN SUMBER MANUSIA YANG BERKESAN

4.1 Objektif

Strategi pekerjaan organisasi banyak bergantung kepada suasana pasaran buruh semasa. Suasana ini yang dipengaruhi oleh keadaan politik, sosial, ekonomi dan pembangunan teknologi akan meninggalkan kesan keatas cara pengambilan pekerja yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Contohnya jika suasana pasaran begitu memberangsangkan, organisasi terpaksa bersaing dalam konteks kadar upah dan suasana kerja yang ditawarkan. Penerangan bab ini akan lebih menumpukan kepada suasana kegawatan semasa disebabkan perancangan sumber manusia berlaku secara lebih realistik.

Semasa suasana kegawatan, banyak organisasi yang mengamalkan dasar yang selamat seperti :

  1. Pengurangan pekerja dan pemberian pampasan,
  2. Walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga organisasi yang membuang pekerjanya secara tidak beretika dan tidak berlandaskan undang-undang, namun ada juga organisasi yang mengadakan pelbagai skim alternatif kepada pengurangan pekerja serta memberikan pampasan yang sewajarnya kepada mereka.

  3. Penggunaan sumber manusia dengan lebih berkesan,

Penggunaan efektif ini banyak melibatkan antara lain :

    1. pemindahan kerja sumber manusia ke unit, jabatan atau cawangan yang lain yang juga mengalami permasalahan kekurangan pekerja disebabkan kegawatan ekonomi.
    2. melatih secara dalaman pekerja untuk melakukan kerja pelbagai dengan tawaran kadar upah yang berpatutan
  1. Pengurangan upah tambahan contohnya hasil kerja lebih masa

Pengurangan kerja lebih masa juga telah meninggalkan kesan ke atas kakitangan berkenaan. Bagi kakitangan yang telah lama bekerja dengan sesebuah organisasi, jarang antara mereka menimbulkan sebarang permasalahan dan memahami suasana semasa hasil daripada pengurusan sumber manusia yang cekap. Bagi kakitangan yang baru, kemungkinan, mereka akan meletakkan jawatan dan mencari kerja ditempat yang lain. Walaupun demikian, kajian menunjukkan suasana kedua jarang berlaku kerana semakin ramai yang mula sedar kepayahan mencari kerja lain.

d. Pengurangan perbelanjaan contohnya ‘overhead’

Pengurangan perbelanjaan banyak melibatkan pengurusan sumber manusia dan cara komunikasinya dengan kakitangan. Contohnya penumpuan penggunaan tenaga elektrik banyak ditumpukan hanya kepada kawasan-kawasan kritikal seperti pengeluaran yang memerlukan mesin.

Pengurangan ini juga berlaku apabila kakitangan hanya dibenarkan berjumpa dengan doktor panel atau yang setaraf dengannya sahaja, jika tidak, pembayaran tuntutan perbelanjaan perubatan luar tidak akan dilayan kecuali dalam hal-hal kecemasan yang melibatkan hospital akibat kes yang kritikal dan tenat. Ini telah sekaligus mengurangkan unsur-unsur penipuan yang banyak dilakukan semasa suasana ekonomi berkembang pesat. Elemen disiplin juga telah berjaya diterapkan kedalam sumber manusia.

Bagi sumber manusia bertaraf eksekutif pula, mereka juga tidak digalakkan melakukan perjalanan jauh dan luar kawasan apabila melibatkan urusan benar-benar penting sahaja. Jika tidak, mereka digalakkan menggunakan peralatan komunikasi seperti telefon dan automasi pejabat seperti faks termasuk teknologi-teknologi terkini seperti e-mail yang lebih menjimatkan bagi menyampaikan maklumat.

Jika dilihat hari ini, jarang didapati sumber manusia samada dari peringkat pengurusan, eksekutif, penyeliaan, sokongan dan am yang tidak mengenali apa itu Teknologi Maklumat. Dengan sendirinya sumber manusia dapat meningkatkan kualiti pengetahuannya selaras dengan kehendak kerajaan.

  1. Mencari teknik-teknik baru yang lebih menjimatkan kos
  2. Ini melibatkan tempoh jangkapanjang dan jangkapendek umpamanya :-

    pengurangan rantaian proses yang panjang dan membazir, penggunaan teknologi yang direkabentuk untuk kepelbagaian kerja, membabitkan diri dalam perdagangan elektronik dan sebagainya.

  3. Penumpuan kepada latihan dalaman oleh kakitangan mereka sendiri
  4. Jika terdapat teknologi atau kaedah baru yang ingin diperkenalkan, kakitangan pengurusan sumber manusia sendiri akan mengatur latihan dalaman kepada pekerjanya. Latihan dalaman seperti ini didapati lebih berkesan justeru pekerja telah mengenali pelatihnya dan tidak segan silu menyuarakan sebarang maklumbalas samada positif atau negatif untuk diambil tindakan bersama.

  5. pengambilan sumber manusia secara kontrak dan sambilan.

Teknik ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Antara kelebihan-kelebihannya ialah peningkatan fleksibiliti dan produktiviti dalam kerja, pengurangan kos pengambilan kerja, meninggikan sumber sedia ada terhadap aktiviti utama dan mengurangkan pembuangan kerja kakitangan trampil dan sedia ada.

Antara kelemahan yang dikenalpasti pula ialah :

i) Kos – walaupun pengambilan sumber manusia kontrak dapat menghasilkan penjimatan jangka pendek, namun ianya mampu bertukar menjadi kos jangka panjang yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengambilan pekerja tetap.

ii) Kualiti – kesukaran mengawasi standard dan keselamatan kerja keatas pekerja kontrak.

iii) Agensi – kesukaran untuk mengenalpasti kebolehupayaan sebenar sesebuah agensi.

iv) Perhubungan Industri – bagaimanakah penggunaan pekerja kontrak berupaya meninggalkan kesan ke atas pekerja tetap dan kesatuan sekerja?

h. Penumpuan lebih kepada pemasaran dan promosi formal

Ini berlaku apabila keperluan meningkatkan dana kewangan syarikat diperlukan untuk menampung kos yang semakin meningkat. Hampir kesemua kakitangan dan pekerja digalakkan mencurahkan idea masing-masing bagi meningkatkan pendapatan organisasi. Jika dulu, jabatan pemasaran diberi mandat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan sesebuah organisasi menerusi media-massa, kini terdapat juga organisasi yang mengambil langkah menggalakkan pekerja dan kakitangannya sendiri mencari pasaran. Hasil yang diperolehi akan diberikan ganjaran komisyen yang sesuai.

i. Pengamalan secara realiti dasar-dasar dan falsafah pengurusan seperti TQM termasuk perundangan pekerjaan dan buruh dsb.

Selama ini, kita dapati, banyak organisasi mengamalkan falsafah pengurusan dan mematuhi keperluan perundangan kerana reputasi dalam pasaran dan rasa takut kepada pihak berkuasa dan menekan sumber manusia. Senario ini banyak menghasilkan apa yang dikatakan sebagai ‘lip service’ (cakap tidak serupa bikin) Tetapi sejak kegawatan ekonomi, lebih banyak organisasi mendapati unsur TQM contohnya, sememangnya berkesan dalam menguruskan sumber manusia dengan lebih cekap.

Aspek perundangan seperti keselamatan dan kesihatan pekerjaan, buruh dan sebagainya telah mula dipatuhi demi menjimatkan kos gantirugi dan pampasan jika berlaku sebarang kerumitan dengan pihak berwajib.

    1. Hasil
    2. Tanpa disedari oleh organisasi, sebenarnya jika dilihat daripada langkah-langkah strategik yang diambil oleh mereka sebagaimana diatas telah menghasilkan perancangan sumber manusia yang lebih berkesan jika dibandingkan dengan suasana ekonomi membangun pesat.

      Banyak pemerhati dan pakar pengurusan sumber manusia termasuk daripada institusi-institusi professional berpendapat bahawa tanpa disedari kegawatan telah meninggalkan impak yang begitu berkesan ke atas perancangan sumber manusia secara keseluruhan.

    3. Perancangan

Seperti yang telah dijelaskan pada awalan kertas tugasan ini, perancangan melibatkan pengurusan sumber manusia yang cekap bagi mencapai kedua-dua kehendak organisasi dan pekerjanya itu sendiri.

Proses-proses yang biasanya melibatkan perancangan ialah :

i) Merancang Objektif – proses ini bermula dengan menakrifkan apa yang diperlukan oleh organisasi. Sekiranya terdapat lebih dari satu objektif, keutamaan diberikan kepada objektif yang lebih penting yang cenderung kepada meninggikan pendapatan dengan sumber yang minima.

Bagi organisasi yang menuju kepada persijilan ISO 9000, selain Pernyataan Dasar Kualiti Organisasi, antara mekanisma perancangan objektif yang paling popular ialah Pengurusan Menerusi Objektif (MBO) yang diperkenalkan oleh Peter Drucker. Konsep ini memberikan kelonggaran kepada keseluruhan kakitangannya untuk merancang sendiri tanggungjawab dan peranan mereka terhadap organisasi menerusi Pernyataan Misi, Objektif, Sasaran dan Key Results Areas (KRA) Setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak, dalam tempoh yang ditetapkan, ianya akan disemak semula bagi menentukan keberkesanan pelaksanaannya. Konsep ini banyak menekankan komitmen dan akauntabiliti kedua-dua pekerja dan organisasinya.

Kini konsep ini telah diperkembangkan dengan unsur-unsur TQM seperti ‘Pohon Struktur’ dan ‘QCC’.

  1. Menilai Suasana Semasa – Setelah merancang objektif yang diperlukan, organisasi perlu memahami suasana semasa iaitu kemampuan mengukur keupayaan mereka dari segi sumber-sumber seperti manusia, kewangan, teknologi dan sebagainya. Organisasi perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara ini menerusi tinjauan yang dilakukan oleh jabatan sumber manusia.
  2. Dalam konteks menganalisa jenis kerja, satu inventori sumber manusia perlu diadakan yang mengandungi maklumat mengenai kemahiran pekerja. Ini akan memastikan pengambilan tenaga kerja yang kena pada tempat dan masanya. Analisa ini akan memaparkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan seseorang pekerja yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

    Pengurusan akan menggunakan maklumat ini bagi mengadakan keterangan dan spesifikasi kerja (job description and specification) bagi memudahkan penilaian kerja (job evaluation) Maklumat ini juga mampu membantu pengurusan mengambil tenaga sumber manusia yang lebih berkesan, menentukan latihan yang diperlukan menerusi analisa mengenalpasti latihan (training needs analysis) dan meningkatkan kecekapan pengurusan dalam meletakkan sumber manusia mengikut kesesuaian tugasannya.

  3. Mengenali Kelemahan dan Kelebihan – Organisasi perlu mengenalpasti faktor faktor pembantu dan penghindar capaian terhadap objektif secara proaktif atau reaktif.
  4. Membangunkan Rancangan Alternatif Dalam Mencapai Objektif – ini melibatkan kreativiti organisasi dalam mengadakan pilihan-pilihan ‘Plan B’ yang sesuai dalam mencapai objektif jika didapati ianya gagal atau berpotensi untuk tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

4.4 Kegagalan Perancangan Sumber Manusia

Antara kegagalan umum yang telah dikenalpasti oleh pengamal pengurusan sumber manusia ialah kekurangan sokongan pengurusan atasan dan rakan pengurusan jabatan lain. Ini mungkin disebabkan oleh ketidakcekapan pengurusan sumber manusia untuk memberikan secukupnya maklumat yang diperlukan oleh pengurusan mereka dan rakan-rakan pengurus jabatan lain. Atau jabatan sumber manusia beranggapan tugas perancangan hanya terhad kepada jabatan mereka sahaja. Hasilnya, input sepenuhnya daripada jabatan lain seperti proses perancangan gagal diperolehi.

Selain itu, pengurusan sumber manusia lebih cenderung kepada teknik-teknik dan metodoloji daripada memahami kebaikannya yang sebenar. Hasilnya akan hanya menyebabkan lebih kekeliruan dalam pelaksanaan teknik yang terlalu banyak ini yang kadangkala hanya terhad kepada penggunaan dokumen, data dan rekod yang melebihi pelaksanaan.

4.5 Meramal Keperluan Sumber Manusia

Perancangan sumber manusia juga melibatkan keupayaan meramal keperluan sumber manusia serta menilai pembekalan dan permintaan menerusi program yang berkaitan. Perancangan sumber manusia merupakan satu proses dinamik yang sentiasa memerlukan peningkatan berterusan dan pengemaskinian mengikut suasana dan trend semasa.

Setelah objektif keseluruhan sumber manusia organisasi dibangunkan, pengurusan perlu berupaya untuk menentukan kemahiran yang diperlukan bagi menapai objektif ini. Contohnya, jabatan pengeluaran telah menentukan pengenalan produk baru dalam masa 3 bulan. Pengurus pengeluaran akan merancang keperluan sumber manusianya bagi mencapai kehendak ini. Biasanya proses ini akan dimulakan dengan menyemak kembali keterangan kerja bagi menentukan tambahan pengambilan tenaga sumber manusia jika perlu.

Faktor yang menentukan pembekalan dan permintaan sumber manusia pula akan bergantung kepada :

  1. perubahan suasana luaran seperti ekonomi, sosial, politik, perundangan, teknologi dan persaingan pasaran. Suasana kegawatan mungkin mengakibatkan penurunan dalam permintaan barangan dan perkhidmatan. Ini akan pula meninggalkan kesan-kesan yang telah diterangkan dalam 4.2 sebagaimana diatas.
  2. perubahan suasana dalaman organisasi – contohnya, organisasi yang ingin memperkenalkan produk baru atau memasuki pasaran baru akan menyebabkan pertambahan pekerja.
  3. perubahan suasana tenaga buruh – contohnya perubahan trend demografi yang melibatkan lanjutan tempoh persaraan dan lebih ramai penyertaan buruh wanita kedalam industri.

Dengan kenaikan taraf kesihatan dan perubatan di sesetengah negara Asia, ini menyebabkan lebih ramai manusia yang lebih sihat dan mampu melakukan kerja walaupun melebihi usia 50 tahun.

Faktor peningkatan kualiti akademik juga mempengaruhi suasana tenaga buruh semasa seperti bakal pekerja mampu membuat pilihan yang bijak sesuai dengan kelayakannya dan lebih ramai wanita berpendidikan menyertai industri yang selama ini hanya melibatkan kaum lelaki sahaja.

4.6 Teknik Ramalan

Antara teknik ramalan yang popular dalam meramalkan keperluan sumber manusia ialah:

  1. Analisa Trend – yang dimulakan dengan kajian perancangan sumber manusia keatas organisasinya sendiri berdasarkan pengalaman. Adalah perlu untuk menganalisa jumlah sumber manusia mengikut unit atau jabatan contohnya kenaikan sumber manusia dalam jabatan tertentu mungkin menyebabkan kekurangan pula dalam jabatan yang lain.
  2. Analisa Kadar – teknik ramalan yang mudah bagi mengenalpasti keperluan sumber manusia yang membabitkan kadar diantara dua faktor. Contohnya, jika volum jualan dijangkakan meningkat pada kadar 50%, maka organisasi perlu meningkatkan jumlah jurujual. Walaubagaimanapun, jika organisasi masih mampu mengekal dan meningkatkan rekod jualannya dengan jumlah jurujual yang sedia ada, maka pengambilan pekerja tambahan tidak diperlukan lagi.
  3. Analisa Regresi Linear – merupakan teknik kuantititatif dan statistik berdasarkan perkaitan antara dua variabel contohnya jika perkaitan dapat diadakan antara jurujual dan volum jualan, maka ramalan jualan masa hadapan akan diasaskan kepada jumlah jurujualnya.
  4. Analisa Berdasarkan Pengalaman – yang juga dikenali sebagai kaedah Delphi. Ianya dimulakan dengan perbincangan berkumpulan pengurusan yang mendiskusikan keperluan sumber manusia mengikut tanggapan dan ramalan. Ramalan dan tanggapan masing-masing akan dimaklumkan untuk mencari persamaan dan perbezaan serta pengemaskinian akan diperlukan. Akhirnya satu formula akhir akan diambil sebagai keputusan mengadakan sesuatu dasar atau objektif yang baru.

Satu lagi teknik yang mirip dengan Delphi ialah nominal dimana interaksi berkumpulan akan digunakan bagi menyelesaikan perbezaan diantara ahli kumpulan pengurusan sebelum mencapai keputusan muktamad.

Selain itu, teknik anggaran pengurusan juga digunakan dalam meramal keperluan sumber manusia. Keperluan sumber manusia dianggarkan dan dimaklumkan kepada peringkat pengurusan bawahan bagi tujuan semakan. Anggaran ini juga mungkin dicadangkan oleh pengurusan bawahan kepada pengurusan atasannya bagi tujuan semakan. Dalam kedua-dua kes, ramalan permintaan keseluruhan dapat dicapai.

  1. PENUTUP DAN KESIMPULAN

Pengurusan dan perancangan sumber manusia adalah faktor yang saling perlu memerlukan antara satu dengan yang lain. Pada dasarnya organisasi wujud untuk memuaskan kehendak sumber manusianya. Evolusi yang ketara dapat dilihat dalam pembangunan pengurusan dan perancangan sumber manusia yang lebih mementingkan kebajikan, birokrat kemanusiaan, perundingan konsensus, kepentingan konsep menang-menang, analisa tenaga kerja dan lain-lain. Yang paling penting ialah anjakan paradigma terhadap sumber manusia daripada ‘kos’ kepada ‘aset’. Kita juga mendapati bahawa pengurusan dan perancangan sumber manusia perlu disesuaikan mengikut suasana skop industri itu sendiri.

Pengaruh konsep dan idea pengurusan barat dan timur umpamanya Sun Tzu dan TQM juga banyak mempengaruhi kaedah pengurusan dan perancangan sumber manusia. Kita dapati juga perubahan yang agak drastik sistem pengurusan barat daripada pemusatan kepada disentralisasi demi menjaga kepentingan dan kebajikan sumber manusia. Dalam konteks ini, dapatlah disimpulkan bahawa kaedah yang digunapakai oleh Malaysia tidak boleh membelakangi nilai-nilai murni yang sedia ada di Malaysia dengan mengambilkira aspek keagamaan, kebudayaan dan adat resam setempat.

Peranan Pengurus Sumber Manusia juga semakin jelas sebagai pembantu kepada rakan pengurus-pengurusnya yang lain dalam menentukan penggunaan sumber manusia yang paling bekesan. Professionalisma pengurusan sumber manusia melibatkan pengetahuan teoritikal, pendidikan dan latihan, kemahiran dan ketrampilan, organisasi yang sesuai dan kod etika yang adil. Pengurus Sumber Manusia hari ini lebih perlu menumpukan kepada sumbangan terhadap membangunkan formula pelaksanaan strategi korporat dan sasaran perniagaan.

Kita juga dapat menyimpulkan bahawa organisasi perlu membangunkan strategi pengambilan tenaga kerja berdasarkan suasana buruh semasa seperti faktor-faktor demografi yang melibatkan peningkatan kualiti kemahiran dan akademik dan penyertaan kaum wanita dalam industri. Suasana kegawatan juga telah meninggalkan impak yang kuat terhadap suasana permintaan dan pembekalan sumber manusia dimana pengurusan dan perancangan dapat dilakukan secara lebih berkesan dan mampu menghasilkan keputusan yang cenderung kepada kejayaaan objektif sesebuah organisasi itu sendiri.

Oleh: Nik Zafri bin Abdul Majid (UM)

Industrial Adjudication

Workman has the right to ignore working conditions contrary to Employment Act
(Award No 17/2000 case: 7/4 -535/97)

Dismissing the termination of estate conductor Lee Chiu Soi by Kamasan Estate, the court laid down several important principals:

1) Industrial court is always against the practice of "dismiss first and find reasons later" adopted by employers generally

2) On charges of inefficiency or non- performance the court reiterate the established the norm that certain prerequisites as to warnings to be adopted and procedures to be followed in cases of dismissals due to inefficiency and non performance, are imperative in order to comply with set industrial adjudicatory processes.

i) That the workman was warned about his poor performance or non-performance
ii) That the workman was accorded sufficient opportunity to improve; and
iii) That notwithstanding the above, the workman failed to improved his performance
iv) Oral warning cannot be accepted

In the case between Roaftech Sdn. Bhd v Holiday in Penang (1986 2 ILR 8180 the court ruled that a written warning is essential to communicate such warning:

Inefficiency which discloses a course of negative conduct, no doubt is a sufficient ground for termination but there must necessarily be sufficient proof that a procedure has been followed. Ordinarily there must be sufficient written communications to the Claimant in order to establish communication to the Claimant in order to establish inefficiency or poor performance before the company can rely on it to justify dismissal. The Company has failed to do so.

The court said that the EA or other industrial law legislation's have themselves evolved and been promulgated on equitable principles developed from fair labour practices.

Company cannot unilaterally set conditions which is clearly contrary to the provision of the Employment Act.

The claimant's work-schedule daily begins at 6.30 a.m. and ends at 2.30p.m six (6) days a week (totaling 48 hours weekly). That being the case, since the company is making these strict terms the basis of their charge, the contra proferentum rule will apply against the company in their own instrument of appointment in that the completion of the job must be read to mean to be in compliance of the eight-hour rule in the EA mandatory provisions. This instrument of appointment cannot over-ride the Employment Act.

There is also failure by the company to maintain proper records and/or more specifically relevant to the issue, the failure to maintain proper records of overtime claims. In the absence of which, what is maintained and produced by the claimant in court must be deemed to be authentic.

The court therefore ruled : it is clearly a case by which the claimant had been dismissed without just cause and excuse, and the company glaringly disregarding the percepts of natural justice, nor abiding by the normal standards of fair labour practice, expressed variously by provision of the EA.

The court awarded a compensation of RM44, 800 to the workman.


Dismissal disguised as retrenchment
Award no 77 of 2000 Case No:4/4-782/98

Industrial court dismissed company's allegation of bad behavior and retrenchment after having given generous increment and bonus for the claimant:

After the letter of warning in 1986 purportedly for bad performance the company paid the claimant bonus and generous salary increments up to his dismissal. In 1998 the company increased the claimant's salary to RM1900 per month. In 1990 the claimant was given a rise of salary of RM500. In1991 his salary was increased by RM200. In 1995 he was given an increment of RM450. All these increases must be based on good performance and hard work.

Apart from contravening the rule of pleadings there is no evidence of redundancy and hence no ground for retrenchment.

The court awarded a compensation of RM30,000 to the claimant.

Pemecatan pekerja yang berkhidmat lama atas alasan pemindahan / pengalihan harta benda, mungkir polisi syarikat wajar / terbukti.
Award No 97 of 2000 case No: 9/4-217/97

Yang menuntut telah dipecat tanpa mengambil kira jangka masa perkhidmatan yang menuntut selama 22 tahun. Pihak syarikat telah menerima / mengemukakan dwi standard untuk menyesuaikan dengan tindakan memecat yang menuntut.

Yang menuntut telah dipecat kerana telah memindahkan atau menggunakan tuala buruk untuk kegunaan seperti melap tangan, meja dsb.

Syarikat pernah memberi amaran kepada pekerja lain yang pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini. Malahan bagi kes ini walaupun yang menuntut telah berkhidmat selama 22 tahun dengan rekod kerja baik dipecat tanpa mengambil kira jangka waktu perkhidmatan.

Mahkamah perusahaan menetapkan bahawa adalah tidak adil memecat yang menuntut tanpa mengambil kira 22 tahun perkhidmatannya dengan syarikat tersebut tanpa sebarang rekod buruk dengan konsep double standards in meeting out punishment.

Mahkamah memutuskan dalam pemecatan seseorang pekerja termasuk pemecatan yang disebabkan oleh perlakuan jenayah, syarikat hanya mementingkan keperluan mereka sahaja walaupun terdapat sebab-sebab munasabah pekerja tidak melakukan kesalahan. Ujian ini bukanlah untuk memastikan pekerja melakukan kesalahan tetapi syarikat ingin bertindak secara betul dengan menyatakan pekerja melakukan kesalahan itu dan syarikat merasakan bahawa tindakan pemecatannya munasabah.

Princip ini boleh dilihat pada kes British Homes Stores Ltd v. Burcell (19780 IRLR 379 :

In a case where an employee is dismissed the employer suspects or believes that he has committed an act of misconduct, in determining whether that dismissal is unfair, an industrial tribunal has to decide whether the employer who discharged the employee on the ground of the misconduct in question entertained a reasonable suspicion amounting to a belief in the guilt of the employee of that misconduct at the time. This involves three elements. First, there must be established by the employer the fact of that belief; that in his mind reasonable grounds upon which to sustain that belief. And third, the employer, at the stage at which he formed that belief on those grounds, must be carried out as much investigation into the matter as was reasonable in all the circumstances of the case.

Dalam kes ini suatu majikan yang munasabah tidak akan melakukan tindakan tegas untuk memecat secara automatik pekerja yang telah berkhidmat selama 22 tahun tanpa sebarang rekod perkhidmatan buruk

Mahkamah telah memutuskan pampasam sebanyak RM18,981.85


Memecat pekerja dalam tempoh percubaan atas alasan prestasi kerja yang kurang memuaskan- samada terbukti :Award No 128 tahun 2000 No kes 6/4-568/98

Yang menuntut adalah seorang pekerja yang masih dalam tempoh percubaan. Mengenai hak-hak seorang pekerja sedemikian, Mahkamah Rayuan di dalam kes Khaliah Abbas v. Pesaka Capital Corporation Sdn. Bhd 1997/3 CLJ 827 telah memutuskan seperti nberikut:

An employee on probation enjoys the same rights as a permanent or confirmed employee and his or her services cannot be terminated without just cause and excuse. The requirement of bona fide is thus essential to his dismissal. If the dismissal is found to be a colourable exercise of the power to dismiss or a result of discrimination or unfair labour practise, the Industrial Court has the jurisdiction to interfere and set aside such dismissal.

Adalah prinsip undang-undang perusahaan di dalam suatu kes pembuangan kerja majikan perlu mengemukakan keterangan yang kuat dan kukuh bahawa pekerja itu telah melakukan kesalahan atau kesalahan-kesalahan yang dia dituduh melakukan yang menyebabkan dia dibuang kerja. Beban bukti terletak pada majikan yang perlu membuktikan bahawa pekerja yang dibuang kerja dengan sebab-sebab yang adil dan munasabah.

Mengenai tuduhan bahawa yang menuntut telah datang lewat ke pejabat dan balik awal, syarikat tidak mengemukakan apa-apa dokumen seperti amaran bertulis atau punch kad untuk membuktikannya. Tentang ketidakhadiran yang menuntut daripada 1 Disember 1997 hingga 5 Disember 1997 pula beliau telah pun membuktikan bahawa cuti itu telah diluluskan oleh syarikat.

Mahkamah memerintah syarikat membayar yang menuntut wang sejumlah RM20,800 kerana kehilangan pekerjaan.




Constructive dismissal- Adakah adil tidak di bayar gaji dan penukaran dijadikan asas. Award No131 of 2000 case No: 4/4 -881/98

Syarikat Acmar Marketing Sdn. Bhd telah memecat Saudari Uma Devi Karuppiah selepas beliau mengadu tidak dibayar gaji. Beliau juga telah diarah melakukan penukaran ke bahagian lain. Pemecatan yang menuntut dilakukan dengan mala fide. Ia dilakukan selepas yang menuntut mengadu tidak dibayar gaji bulan ogos 1997. Tuduhan terhadap yang menuntut juga tidak benar (mala fide) di mana syarikat tidak melakukan sebarang siasatan dalaman. Pihak syarikat berasa tersinggung dengan tindakan superior yang menuntut Mr Chung yang berhenti kerja. Kemarahan ini ditunjukkan kepada yang menuntut dengan ditahan pembayaran gaji dan diarahkan yang menuntut menukar tanpa dibincang terlebih dahulu dengan yang menuntut.

Mahkamah memutuskan penukaran yang menuntut merupakan percubaan pelbagai dan amalan buruh tidak adil. Tindakan sedemikian boleh mengugat perhubungan di antara majikan dan pekerja. Tindakan teramat tidak adil dan tidak berasas sekiranya gaji pekerja tidak dibayar. Alasan-alasan ini boleh dijadikan asas kepada constructive dismissal.

Mahkamah telah memerintah pembayaran pampasan sebanyakRM25,000 kerana kehilangan pekerjaan.


Pemecatan kerja atas alasan tidak hadir kerja tanpa sebab untuk dua hari. Adakah berasas memberi surat pemecatan sebelum surat sebab diberi. Samada perihal tidak teratur yang serius. Award No 142. Of 2000 Case No.6/4-416/99 m/s 392 b 3

Puan Mariah Mohd Isa telah dipecat oleh United Straits Fuso Sdn. Bhd. Atas alasan tidak datang bekerja lebih dari dua hari. Puan Mariah bekerja di Taman Wahyu Jalan Ipoh. Beliau telah ditukar ke ibu pejabat di Jalan Ampang. Ketika beliau melaporkan diri di Ampang beliau dapati tidak ada sebarang persediaan di tempat baru dilakukan. Beliau telah diarahkan kembali semula ke pejabat asalnya di Taman Wahyu Jalan Ipoh. Beliau telah kembali ke pejabat asalnya keesokan hari. Di pejabat asalnya kerja yang menuntut telah diambil alih oleh pekerja lain. Namun demikian beliau telah diberi tugas lain oleh Pengurus kawalan Credit. Satu setengah bulan kemudian beliau telah dimaklumkan oleh setiausaha Pengurus Operation bahawa beliau telah di tukar ke cawangan Bandar Baru Selayang. Yang menuntut melaporkan diri di pejabat baru. Namun demikian pejabat tersebut adalah agak pendalaman dan menyukarkan yang menuntut untuk pergi balik ke kerja. Hari kedua 19 Mei 1998 beliau telah memohon cuti untuk menghantar anaknya ke sekolah berasrama di Ipoh. Pada 25 Mei 1998 yang menuntut telah memohon penukaran bertulis ke USPD Jalan Ipoh. Malah majikannya menyatakan `you nak kerja, you kerja, you tak nak kerja you resignlah'. Yang menuntut telah menelefon Pengurusnya dan memaklumkan hal ini. Pengurusnya menasihatkan agar yang menuntut mengambil cuti sehingga masalahnya selesai.

Pada 26 May 1998 suami yang menuntut telah bertemu dengan pengurus personel untuk memberi surat pertukaran. Pengurusnya pula memberi surat pelepasan kepada yang menuntut supaya mengambil cuti sehingga beliau (pengurus) memaklumkan kepada yang menuntut jawatan baru yang menuntut.

Pada 6 Jun 1998 yang menuntut menerima notis pemberhentian kerja bertarikh 3 Jun 1998. Tiga hari kemudian yang menuntut menerima surat sebab yang bertarikh 28 May 1998 menyatakan yang menuntut tidak hadir kerja berterusan tanpa sebab sejak 26 May 1998.

Yang menuntut terus cuba menghubungi Pengurusnya malahan pengurusnya bercuti selama 2 minggu. Selepas dua minggu, suami yang menuntut cuba menghubunginya melalui telephone dan pengurusnya pula mengesahkan pemecatannya.

Mahkamah memutuskan bahawa adalah prinsip asas dalam pemecatan majikan harus mengemukan bukti yang meyakinkan bahawa pekerja itu bersalah.

Penelitian dari surat sebab bertarikh 28 May 1988 didapati pemecatan yang menuntut adalah disebabkan ketidakhadiran ke kerja pada 26 Mei hingga 28 Mei 1998. Yang menuntut tidak menyangkal (uncontroverted) bahawa surat ini diterima pada 9 Jun 1998, iaitu tiga hari selepas menerima surat/notis pemberhentian kerja. Pada asasnya surat sebab harus mendahului surat/notis pemberhentian kerja.

Syarikat juga gagal membuktikan yang ia telah berkomunukasi dengan yang menuntut sebelum memecatkannya. Bukti yang menuntut menyatakan bahawa cutinya diizinkan oleh En Saw Pengurusnya sehingga beliau dapat mencari suatu jawatan untuk menempatkan yang menuntut.

Mahkamah mendapati bahawa pemecatan yang menuntut adalah tidak adil dan pampasan sebanyak RM18,480 diberikan kepada yang menuntut.


Tuduhan prestasi kerja tidak baik- Melakukan penukaran ke bahagian lain-Samada adil atau tidak- Award No 48 of 2000 Case No: 9/4-35/98-m/s449

Yang menuntut Poh Chee Sin bekerja sebagai wakil pemasaran dengan syarikat Teong Huat Clay. Atas alasan prestasi kerja kurang baik seperti:
i)tidak menepati waktu kerja seperti dalam surat perlantikan
ii)tidak punch kad kedatangan kerja
iii)permohonan cuti mesti melalui surat yang sah
iv)tiada laporan aktiviti pemasaran

Selepas menerima amaran ini yang menuntut menafikan beliau tidak mengikut arahan syarikat. Mengenai kedatangan lewat kerja dan tidak punch kad yang menuntut menyatakan bidang tugas beliau adalah untuk mencari pelanggan bagi syarikatnya. Jadi tugasan beliau biasa adalah diluar pejabat. Namun selepas di beri amaran beliau telah mula punch kad. Mengenai aktiviti pemasaran katanya beliau telah memberi perniagaan kepada syarikat dengan keuntungan tahun akhir 1996 sebanyak RM530,401.

Yang menuntut juga menafikan syarikat memberi surat amaran mengenai prestasi pemasarannya kurang baik. Saksi syarikat menyatakan alasan pemecatan yang menuntut ialah keengganan yang menuntut untuk pindah ke bahagian kilang dan bekerja sebagai pembuat paip dan pemandu forklifts. Ia merupakan tindakan sama dengan merendahkan diri yang menuntut.

Mahkamah memutuskan bahawa hak pemindahan pekerja perlu dilaksanakan secara baik. Ia berkait rapat dengan fungsi pengurusan. Pemindahan seseorang pekerja merupakan pertimbangan syarikat dan dilakukan dengan tidak menyangkal perjanjian bersama. Malahan sekiranya didapati pemindahan tersebut terdapat bermotifkan lain untuk mencemar/ memburukkan ia boleh dibicarakan secara kehakiman seperti:

The right to transfer an employee is well established. It is incidental to the managerial functions. Transfer of an employee from one branch to another is therefore the discretion of the company provided that the terms and conditions of the service of the employee are not adversely affected. However in cases where the transfer is found to be tainted with ulterior motive or otherwise arbitrariness, it is open to judicial adjudication.

Syarikat bertindak tidak adil dengan memindahkan yang menuntut kebahagian kilang sebagai pemandu fork lifts dan pembuat paip dengan sebab kekurangan tenaga kerja bahagian pengurusan. Malahan yang menuntut telah ditetapkan dibahagian pemandu bukannya pengurusan. Apabila yang menuntut membantah ia dijadikan alasan perlakuan buruk (misconduct).

Perkara ini juga dapat dilihat pada Milan Auto Sdn. Bhd. V Wong She Yen 1995 4 CLJ 449 at p. 455:
…the function of the Industrial court in dismissal cases on a reference under section 20 is two fold, to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established, and secondly, whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal.

Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan yang menuntut adalah tidak adil dan memutuskan bayaran pampasan sebanyak RM29,160 diberikan kepada yang menuntut.


Pemecatan-Atas alasan prestasi kerja kurang baik. Perlantikan berdasarkan kebolehan untuk capai target. Tuduhan atas ketidakbolehan mencapai target samada asas memadai untuk dipecat. Award No 130 of 2000 Case No 4/4-470 /99-m/s506

Yang menuntut Ong Kuan Yong telah dipecat oleh Syarikat Sogelease (Malaysia) Sdn. Bhd.
Yang menuntut semasa dipecat berada dalam tempoh percubaan. Jawatan beliau telah dilanjutkan selepas 3 bulan dengan alasan prestasi kerja tidak baik. Syarikat juga tidak memberi apa-apa amaran bertulis mengenai prestasi kerja yang kurang baik, target yang tidak capai dan sebagainya sesama melanjutkan tempoh percubaan yang menuntut.

Berdasarkan bukti-bukti mahkamah mendapati bahawa syarikat tidak puas dengan kerugian yang dialami oleh cawangan Melaka. Syarikat mengunakan alasan ini melanjutkan tempoh percubaan dan sebagainya. Adalah tidak adil syarikat meletakkan beban pada pekerjanya untuk mencari keuntungan atau mengekalkan keuntungan syarikat tersebut. Mahkamah juga berpendapat:
An employer who with full knowledge of a probationer's lack of capability and suitability to perform the job he is employed, elects to continue him in service, should not subsequently dismiss the employee for incompetence and poor performance.

Mahkamah juga berpendapat bahawa pekerja yang berada dalam tempoh percubaan tiada hak atas jawatan mereka. He hold no lieu in his post. Pada akhir tempoh percubaan sekiranya didapati tidak memuaskan maka majikan berhak memecat dengan syarat-syarat yang berasas dan dapat menyakinkan mahkamah. Dalam kes ini mahkamah mendapati pemecatan ini adalah tidak adil dan syarikat dikehendaki membayar wang pampasan sebanyak RM30,000.





Stastistik Award Mahkamah Perusahaan tahun 2000


















Disediakan oleh
Setiausaha Bahagian Penyelidikan MTUC
9/05/2001

Pembelaan akibat perlucutan jawatan

KOLUMNIS

Utusan Malaysia 03 April 2001
Pembelaan akibat perlucutan jawatan
Oleh: SALLEH BUANG

SEMASA menunggu berangkat pulang ke Alor Setar di bangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Subang minggu lalu, saya ditanya oleh seorang kenalan baru, apakah tidak ada prinsip undang-undang yang memastikan seorang itu boleh mendapatkan keadilan atau pembelaan di mahkamah andainya dia merasa teraniaya kerana dilucutkan dari jawatannya tanpa sesuatu sebab yang munasabah dan tanpa diberi notis terlebih dahulu tentang hasrat pihak atasannya untuk bertindak sedemikian terhadapnya?
Sebelum menjawab soalan orang itu, saya bertanya kepadanya apakah dia ada suatu kes tertentu atau apakah soalan yang diajukan kepada saya itu merupakan satu soalan umum sahaja. Saya menambah, andainya ada satu kes tertentu, orang yang merasa dirinya teraniaya itu wajarlah berjumpa seorang pengamal undang-undang supaya kesnya itu boleh dirujuk ke mahkamah (atau ke Mahkamah Perusahaan andainya orang itu pekerja swasta), di mana kesahihan dan ketepatan tindakan pihak atasan itu dapat ditentukan, dan andainya mahkamah nanti memutuskan tindakan perlucutan itu sebagai tidak sah, bolehlah orang itu menuntut ganti rugi atau apa-apa perintah lain.
Kenalan baru saya itu menyatakan bahawa soalannya itu adalah satu soalan umum sahaja, kerana dia hendak tahu apakah yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang ketua jabatan atau majikan kepada orang bawahannya dari segi perlucutan jawatan ini.
Saya jelaskan kepadanya bahawa apa yang perlu dipastikan di peringkat awal sekali ialah apakah orang yang dilucutkan daripada jawatannya itu memegang jawatan itu berasaskan satu kontrak ataupun tidak? Andainya jawatan itu dipegang berasaskan satu kontrak perkhidmatan yang dibuat secara hitam putih antara majikan dengan pekerja, hak pihak atasan (majikan) untuk bertindak ke atasnya (termasuklah tindakan pemecatan atau perlucutan jawatan) mestilah selaras dengan segala terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak itu. Jika tindakan majikan itu tidak mematuhi apa yang disebutkan dalam kontrak, tindakan majikan itu boleh dipertikaikan. Andainya kontrak itu tidak memberi kuasa kepada majikan untuk melucutkan jawatan orang itu tanpa sebab, misalnya kontrak hanya sekadar memerlukan majikan memberi notis sebulan, maka tindakan majikan juga boleh dipertikaikan. Pendek kata, kesahihan tindakan majikan itu perlu diukur dan hendaklah ditentukan berasaskan apa yang dinyatakan dalam kontrak perjawatan itu.
Andainya tidak ada satu kontrak perkhidmatan yang dibuat secara hitam putih antara majikan dengan pekerja, hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan dan pihak majikan adalah berasaskan kepada syarat-syarat perkhidmatan. Apa yang dikatakan "syarat-syarat perkhidmatan" ini mungkin terkandung dalam satu dokumen rasmi atau satu siri dokumen rasmi (misalnya surat tawaran pelantikan, manual kerja, pekeliling majikan atau arahan ketua jabatan dan sebagainya) yang menggariskan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan oleh seorang pekerja.
Biasanya seorang pekerja itu boleh dikenakan tindakan tatatertib apabila dia didapati melanggar (atau enggan mematuhi) apa yang digariskan dalam syarat-syarat perkhidmatan tersebut. Ekoran tindakan tatatertib itu, seorang pekerja itu boleh dilucutkan daripada jawatannya (dibuang kerja) andainya sabit kesalahannya itu, dan ia sesuatu yang serius dan tidak boleh dimaafkan.
Apa yang perlu ditekankan di sini, kata saya lagi kepada kenalan yang bertanya itu, ialah bahawa pihak atasan atau pihak majikan tidak boleh bertindak melucutkan jawatan seseorang itu tanpa sebab kecuali kuasa berbuat demikian memang ada dinyatakan secara khusus dalam satu kontrak perkhidmatan.
Dalam situasi selain itu, pihak atasan atau majikan hanya boleh bertindak sedemikian setelah pekerja berkenaan didapati melanggar tatatertib atau syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan. Untuk menentukan seorang pekerja itu benar-benar bersalah, satu prosiding yang adil perlu dijalankan terlebih dahulu. Dalam bahasa mudah, tiada sabitan kesalahan tatatertib tanpa suatu perbicaraan atau prosiding tatatertib.
Sehubungan ini, apa yang perlu diberi perhatian adalah andainya seorang pekerja itu hendak dilucutkan daripada jawatannya atas alasan dia disyaki melanggar syarat-syarat perkhidmatan, undang-undang negara menghendaki bahawa tindakan pihak atasan atau majikan itu selaras dengan "keadilan semula jadi" (natural justice) .
Pada asalnya konsep keadilan semula jadi mengandungi dua unsur utama, iaitu:
(a) Orang yang hendak dikenakan tindakan tatatertib itu mesti diberi "peluang untuk didengar"; maksudnya, orang itu hendaklah diberitahu apa sebabnya tindakan tatatertib diambil terhadapnya dan diberi peluang yang secukupnya untuk membela dirinya; misalnya kalau tindakan tatatertib itu adalah ekoran daripada satu laporan yang dibuat oleh orang tertentu mengenai diri pekerja itu, kandungan laporan ini hendaklah dimaklumkan kepada pekerja itu supaya pekerja itu ada peluang untuk menjawab atau menjelaskannya;
(b) Orang yang akan mengadili (mendengar kes tatatertib pekerja itu) mestilah orang yang tidak ada kepentingan dalam kes itu, baik secara langsung atau tidak langsung; misalnya, andainya orang yang mengendalikan prosiding ini juga adalah orang yang membuat laporan terhadap pekerja itu, ini sudah bertentangan dengan prinsip keadilan semula jadi.
Dalam tahun 70-an dan dekad seterusnya, konsep keadilan semula jadi ini terus berkembang, sejajar dengan aliran zaman. Kini, berasaskan puluhan kes mutakhir yang diputuskan di negara Barat dan juga di negara kita sendiri, konsep keadilan semula jadi ini sudah merangkumi satu prinsip baru yang dipanggil "kesaksamaan prosedur" (procedural fairness).
Dihuraikan secara mudah, satu tindakan pentadbiran itu boleh dipersoal dan dipertikai di mahkamah andainya apa yang dilakukan oleh pihak pentadbiran (misalnya tindakan melucutkan jawatan seorang pekerja itu) didapati tidak munasabah, tidak saksama, tidak patut, tidak menepati prosedur yang ditetapkan, berat sebelah, tidak berhati perut, berniat jahat (mala fide), dibuat semberono tanpa pertimbangan yang sewajarnya, dibuat melulu demi mematuhi satu polisi tertentu, dibuat mengikut telunjuk atau desakan tertentu - pendek kata tindakan pentadbiran itu didapati tidak adil (unfair).
Kebelakangan ini, Mahkamah Rayuan negara kita telah berkali-kali menegaskan bahawa prinsip kesaksamaan atau keadilan prosedur ini juga merangkumi kewajipan menyatakan alasan-alasan atau sebab-sebab kenapa sesuatu keputusan itu dibuat sebegitu rupa. Misalnya, dalam konteks perlucutan jawatan atau pemecatan seorang pekerja, prinsip kesaksamaan atau keadilan prosedur ini menghendaki orang yang membuat keputusan perlucutan atau pemecatan jawatan itu menyatakan sebab dan alasan kenapa seorang pekerja itu wajar dan patut dilucutkan jawatannya atau dipecat. Kegagalan memberi alasan atau sebab, ini akan menjadikan keputusan orang itu sesuatu yang tidak saksama atau tidak adil dan ini akan sekali gus memberi alasan kepada mahkamah untuk mempertikai dan membatalkan tindakan pentadbiran itu.
Akhir sekali saya jelaskan kepada kenalan baru yang bertanya kepada saya itu bahawa apa yang saya katakan kepadanya itu ada dihuraikan dalam buku teks undang-undang pentadbiran, di mana aspek penting di dalamnya adalah kuasa mahkamah membuat semakan kehakiman (judicial review) ke atas tindakan pentadbiran.
Yang mendukacitakan ialah bahawa di kalangan pegawai pentadbir atasan (tidak kiralah sama ada di pihak awam atau pihak swasta) pengetahuan dalam bidang ini amat cetek sekali. Keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana di kalangan pekerja dan kakitangan bawahan pula, kebanyakannya tidak tahu hak dan kedudukan mereka di sisi undang-undang.
Sebelum berpisah dengan kenalan baru itu, saya ingatkan kepadanya bahawa mahkamah negara kita kini sudah berkali-kali menegaskan bahawa suatu tindakan pentadbiran itu boleh dipertikai dan dibatalkan andainya ia didapati tidak munasabah - apa yang dipanggil prinsip ketidakmunasabahan Wednesbury (Wednesbury unreasonableness), yang juga merangkumi suatu tindakan yang tidak rasional (tidak masuk akal).