Ahad, Januari 20, 2008

PENDIDIKAN AGAMA BANTU HINDARI GEJALA RASUAH

DALAM kita menghadapi kehidupan di dunia ini, kita memerlukan pekerjaan yang halal bagi menyara dan meneruskan kehidupan kita. Dengan mengamalkan sifat jujur dan amanah, kita akan beroleh kejayaan kerana dengan sifat inilah kita akan dapat menghindarkan sebarang gejala yang tidak baik seperti amalan rasuah. Sifat yang menginginkan material semata-mata inilah antara faktor utama yang boleh membawa kepada keruntuhan negara dan masyarakat. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 yang tafsirannya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya."
Definisi
Rasuah disebut dalam bahasa Arab sebagai Ar-risywah atau Ar-rasywah yang membawa maksud sebagai penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan. Definisi tersebut diambil dari kata asal rasuah Ar-rasya bermaksud tali timba yang digunakan untuk mengambil air perigi.
Adapun di dalam kitab Al-'Arus, rasuah bererti sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada hakim atau selainnya supaya menghukum sesuatu atau memikul sesuatu yang dimahukan oleh si pemberi.
Manakala dari segi istilah pula sesuatu yang diberikan untuk menyalahkan yang benar atau membenarkan yang sudah jelas salahnya.
Menurut Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131, suapan adalah termasuk wang atau apa jua pemberian, pinjaman, upah, ganjaran berharga, harta benda lain atau kepentingan harta benda dalam apa jua bentuk sama ada wang boleh digerakkan atau tidak; jawatan, kehormatan, pekerjaan, kontrak, perkhidmatan atau perjanjian memberi pekerjaan; pembayaran, pembebasan, penjelasan atau penyelesaian apa jua pinjaman, tanggungjawab atau tanggungan sama ada sebahagian atau keseluruhannya; pulangan berharga, diskaun, komisyen, rebet dan bonus; menahan diri dari menuntut wang atau sesuatu yang bernilai wang atau barang berharga; bantuan, sokongan, persetujuan atau pengaruh; perkhidmatan lain, pertolongan atau faedah; tawaran, jaminan atau janji untuk memberi atau apa jua suapan seperti yang disebutkan di atas.
Hukum
Menurut syarak hukum rasuah adalah berdosa besar kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 tafsirannya:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
Dari ayat tersebut, Allah Subhanahu Wataala melarang makhluk-Nya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang tidak betul. Amalan rasuah juga ada disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru, beliau berkata: "Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah." Hadis riwayat Ibnu Majah.
Faktor
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rasuah itu boleh berlaku antaranya:
1/ Lemah pendidikan agama dan etika kerja.
2/ Tamak.
3/ Banyak berhutang.
4/ Ada keinginan dan ada peluang.
5/ Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
6/ Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
7/ Untuk mencapai cita-cita.
8/ Belanja hidup yang semakin meningkat.
9/ Suka hidup mewah melebihi pendapatan.
Kesan
Adalah menjadi tanggungjawab bagi seseorang individu atau masyarakat untuk mencegah gejala rasuah ini daripada terus merebak yang boleh menghancurkan keselamatan serta ekonomi negara kerana amalan rasuah mempunyai banyak kesan-kesan yang buruk antaranya:
Pertama: Kesan terhadap individu.
i/ Kehilangan pekerjaan.
ii/ Kejatuhan moral atau maruah.
iii/ Menerima hukuman.
iv/ Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
v/ Keluarga terabai.
Kedua: Kesan terhadap masyarakat
i/ Mengakibatkan ketidakadilan dengan membiarkan hak-hak orang lain.
ii/ Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
iii/ Membebankan golongan orang yang susah.
iv/ Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin disalahgunakan.
Ketiga: Kesan terhadap negara
i/ Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
ii/ Menjejaskan keselamatan.
iii/ Pembangunan yang tidak seimbang.
iv/ Kenaikan kos barangan dan perkhidmatan.
v/ Mengurangkan pendapatan negara.
vi/ Menurunkan kualiti dan produk kerja.
Penyelesaian
Gejala rasuah mestilah diselesaikan agar tidak berleluasa. Antara cara penyelesaian ialah seperti berikut:
- Menyebarkan kefahaman mengenai konsep Islam kepada masyarakat dengan memberikan penjelasan mengenai hukum dan reaksi Islam terhadap amalan rasuah.
- Memberikan pendidikan Islam sejak kecil lagi dengan membentuk mereka supaya menjadi orang yang beriman, bertakwa dan mulia.
- Membentuk individu agar mengamalkan sifat yang mulia seperti amanah, jujur dan ikhlas.
- Memperbanyakkan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan.
- Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.
- Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membanteras gejala rasuah daripada lebih berleluasa.
Kita sering mendengar rasuah sering dikaitkan dengan orang yang menghadapi masalah kewangan akan tetapi itu bukanlah sebagai alasan semata-semata kerana apa yang kita dapati sekarang ini, amalan rasuah juga dilakukan oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Hakikatnya, amalan rasuah tidak akan berlaku jika sekiranya seseorang itu berpegang kuat kepada ajaran Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya dengan sentiasa mengamalkan dan memantapkan lagi keimanan dalam jiwanya.
Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk sama-sama bekerjasama dalam membanteras gejala rasuah daripada merebak yang boleh mengakibatkan sesebuah organisasi menjadi kurang mantap dan membawa kemerosotan ekonomi. Dengan memberikan pendidikan agama Islam sejak kecil lagi adalah satu cara yang terbaik untuk menghindarkan diri dari gejala rasuah yang boleh merosakkan diri sendiri. Keimanan yang mantap dalam jiwa seseorang boleh menghindarkan perkara-perkara yang mungkar.

Selasa, Januari 15, 2008

SOAL JAWAB - PENAMATAN PEKERJA

Soalan 1: Apakah hak saya di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 jika saya diberhentikan kerja?


Jawapan 1:
Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 menyatakan bahawa anda boleh memfailkan representasi (rayuan) kepada Ketua Pengarah untuk pemulihan kerja jika anda menganggap telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil. Representasi tersebut hendaklah difailkan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pembuangan kerja.


Soalan 2: Bagaimanakah caranya dan di manakah boleh saya memfailkan representasi?


Jawapan 2:
Representasi anda hendaklah dibuat secara bertulis dan difailkan di pejabat Perhubungan Perusahaan yang paling hampir dengan tempat kerja anda dahulu. (Sila rujuk alamat pejabat JPPM).

Surat rayuan anda hendaklah, antara lain mengandungi butir-butir berikut :

  • bahawa remedi yang dihajati adalah pemulihan kerja;
  • nama, jantina, tarikh lahir, no. kad pengenalan, alamat dan nombor telefon;
  • nama, alamat, nombor telefon dan faks syarikat;
  • jawatan terakhir dan pendapatan sebulan;
  • tarikh perlantikan;
  • tarikh pembuangan kerja;
  • sebab-sebab dibuang kerja;
  • sama ada anda menjadi ahli kesatuan sekerja atau sebaliknya.

Anda juga boleh menyertakan salinan dokumen yang relevan. (Contohnya : surat pembuangan kerja, surat perlantikan)


Soalan 3: Adakah apa-apa bayaran dikenakan?


Jawapan 3:
Tiada bayaran dikenakan.


Soalan 4: Apakah proses yang terlibat setelah saya memfailkan representasi?


Jawapan 4:
Sila rujuk kepada carta aliran dimuka surat Perkhidmatan.


Soalan 5: Siapakah yang boleh mewakili saya dalam prosiding yang dijalankan oleh Jabatan?


Jawapan 5:
Sebagai seorang pekerja :

  • anda boleh mewakili diri sendiri; atau
  • jika anda seorang ahli kesatuan sekerja, anda boleh diwakili oleh pegawai kesatuan atau pekerja kesatuan sekerja berkenaan; atau
  • anda juga boleh diwakili oleh pegawai sesebuah organisasi pekerja (yang bukan merupakan kesatuan sekerja) seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh diwakili oleh peguam, penasihat, konsultan atau sesiapa jua pun melainkan mereka seperti dinyatakan di atas tadi.


Dipetik dari:- http://jpp.mohr.gov.my/bm/soal_jawab.php

Ahad, Januari 13, 2008

Labour of Love


SYED SHAHIR Syed Mohamud was a late bloomer. He only began talking when he was four. But he has not stopped talking since. `When I was 13, I asked an ustaz what my name meant. He said it meant famous in Arabic. He then told me he did not know whether I would be famous,' recalls Syed Shahir. Syed Shahir has certainly lived up to the meaning of his name. The President of Malaysian Trades Union Congress (MTUC) since 2004, he has earned the ire of the government with his persistent calls for a minimum wage for workers to be set at RM900, the cost-of-living allowance (COLA) for private sector workers to be set at RM300 and for the union's strong stand against toll price hikes.

This year saw MTUC organising two protests demanding the government to set a compulsory monthly minimum wage of RM900. The second protest in early August saw 30,000 workers all across the country joining in the protest. MTUC also protested against toll price hikes, which saw opposition parties coming out and supporting the union in its cause. Besides this, Syed Shahir was also very vocal about the privatisation of water and was against the government's move to privatise health care. All this caused the government to see red and led the Deputy Human Resource Minister Datuk Abdul Rahman Bakar to warn in Parliament that MTUC and other unions would be deregistered if they became tools of the opposition in its attempt to overthrow the government. Added to this, Syed Shahir's affiliation with Parti Keadilan Rakyat (PKR) has also come under public scrutiny. There have also been rumblings within MTUC over some members' unhappiness over the confrontational stand being taken by MTUC under Syed Shahir's leadership.

`It's not that we want to have a confrontation with the government. If the issue, especially the minimum wage one, can be resolved in an amicable manner, of course we would want that. But you can't simply be talking about an issue without seeing any results, or without getting any reaction from the other side,' clarifies Syed Shahir in his sonorous voice. `We want to see some results that will benefit the workers.'

As for his political affiliation to PKR (he was a member of Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) and contested in the 1972 general election under the party's banner. When the party merged with Keadilan and became Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Shahir stayed on with the new party. He contested in the 2004 general election under the PKR banner), he says that all MTUC members are free to choose which party they want to belong to. `MTUC has a membership of half a million. Not all of them belong to one party; there are people who belong to UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, etc. We cherish this diversity - that's what democracy is all about, the freedom to choose who you want to support.' He also stresses that although MTUC members might belong to different political parties, when it comes to meetings with the employers over any issues, their agenda is the same, which is to work towards the interest of the workers.

He points out that union leaders being active in politics is not something new in Malaysia. Former unionists like the late Ahmad Noor and Dr V David had served as elected MPs under the Democratic Action Party (DAP). As for his own political ambitions, he says it depends on circumstances and the support among his party colleagues. `If they feel they need me to voice out the concerns of the people, then I will; if not I won't contest.'

His long-time friend and fellow unionist Gopal Kishnam says that Syed Shahir is one of the most trustworthy persons he has ever met. `He will never use MTUC to further his political career. MTUC has members who belong to Barisan Nasional component parties as well but they support Syed Shahir and MTUC in its struggle,' says Gopal, who is the general secretary of the National Union of Transport Equipment and Allied Industry Workers (NUTEAIW).

Syed Shahir's interest in politics started while he was still in his early teens in his hometown of Raub, Pahang. He was an unusually mature young boy, thanks to his insistence in hanging out with people who were older than him, he says.

The young Syed Shahir also attended election rallies to hear the politicians speak. Although he did not fully understand all the issues that were discussed, he loved the atmosphere of the rallies and was attracted by the eloquence of some of the speakers.

He also became a voracious reader and developed a deep love for history. After he left school, he did a number of odd jobs, did his Sixth Form privately and became a temporary teacher. He later got a job in the civil service but left soon after to compete in the general election of 1974 under PSRM. He was not yet 22 then. His family was not very happy that he was running in the election and under the opposition banner at that. Syed Shahir lost. `But I did not lose my deposit. In fact, I got more than one- third of the total vote,' he adds.

He drifted to Kuala Lumpur and finally joined MTUC in 1975 and has been there ever since. `Over the years, he had several job offers that offered much better prospects but he rejected them all because of his commitment to the workers' cause,' reveals Gopal. `No one can doubt his sincerity and dedication; he always has the workers' interests at heart. I sincerely hope he will lead the MTUC for the next couple of years.'

Since Syed Shahir became the president of MTUC - and that too after contesting for the post four times; he won on his fifth attempt - he has faced many challenges. He says trying to get the government to agree on a minimum wage is his biggest yet. Then, there is the threat of degeristration of MTUC because of its alleged left-wing leanings.

When asked about this, Syed Shahir counters that it is a diversion from facing the real issues that challenge workers such as minimum wages and COLA, to name a few. `MTUC is not a one-man show. All the decisions made here are through dialogues, meetings. We cannot stop any political parties, whether it's the ruling party or the opposition, from supporting our cause. We cannot be blamed if the opposition supports our view. When we protested the toll hike and picketed for the minimum wage, they came to show their support. The government sees this as proof that we are the tools of the opposition.'

Syed Shahir stresses that the workers' concerns are MTUC's concerns and toll and the privatisation of public services comes under this as well. `Workers pay toll, they use water and medical services. If the government says it can no longer subsidize public services like health, etc, it has serious implications for people from the lower income group. There are more than 1.2 million people earning less than RM700 a month. We have a situation where people are borrowing money from loan sharks and are over- dependent on credit cards because they can't make ends meet ... is it wrong to point out all these things? Does this mean if we criticize the government over this we are for the opposition? Even MTUC members who are in UMNO are feeling the pinch of the toll hikes. Does that mean if they protest against the toll hike that they are against UMNO?' he fumes.

Another challenge that Syed Shahir faces now is the prospects of a rival workers' union, Persatuan Pekerja Islam Malaysia (PPIM), being approved by the Registrar of Societies. If it is approved, then it will be the first labour organisation based on religious lines in Malaysia. Syed Shahir is not amused by this situation. `I still maintain that it is an attempt by the government to split the labour movement,' he retorts. `This does not augur well for the future of labour unions in this country. What next? Malaysian Hindu Labour Organisation, Chinese Labour Organisation? We have to allow all these organisations as well. The government talks about unity, solidarity and then it does this! We have enough "disunity" among us as it is, thanks to the various political parties that divide us along racial lines.

`I really don't know what the agenda of the PPIM is. They say that we are not championing the cause of Muslim workers. Isn't minimum wage, rights of workers, fair treatment of workers the cause of Muslim workers as well? he says passionately.

Syed Shahir has his devoted friends. `He is always the victim of vast amounts of slander and malice,' says his close friend of over 30 years, Zulkifly Baharom, who is in the General Council of the Malaysian Institute of Management. `Yet, he is immensely popular with family members, friends and union members. He is trusting and compassionate and yet he can be demanding and tough,' says Zulkifly. He considers himself truly blessed `with a trusted friend who is an intellectual, a thinker, a teacher, a caring husband and father, a professional manager, a charismatic orator and a leader par excellence all rolled into one.'

Syed Shahir himself admits that there are times when he feels like throwing in the towel. `But when I get a complaint from a worker that he has not been paid or he has not been treated justly, the injustice of it all riles me. It's the injustice around me - the rich exploiting the poor, the uneven distribution of wealth, the exploitation of the workers - that keeps me going. You cannot just close your eyes to it.'

Posted by: Lrc on Nov 06, 2007 - 12:00 AM
Features & Articles Malaysian Business By Sharmila Valli Narayanan 2007-11-06
Source: http://www.industrywatch.com/pages/iw2/Story.nsp?story_id=111858344&ID=iw&scategory=Business+and+Finance%3ALabor&P=&F=&R=&VNC=hnall

Court: It's ok to bad-mouth the boss, says court

Court: It's ok to bad-mouth the boss, says court

Labour News


Kuala Lumpur:
The Industrial Court has ruled that workers should be able to use office e-mail to gossip about their bosses, and even use derogatory language, without fear of being sacked.It made the ruling in upholding a secretary's complaint that she had been wrongly dismissed for using office e-mail to criticise her managers, describing some of them to colleagues as a "blur".
"The court's view is that it is quite common and natural for staff to gossip about their superior officers," Court Chairman Syed Ahmad Radzi Syed Omar said.
"It can happen anywhere and anytime, especially when there is a gathering. It could be over coffee or tea or a meal; in this case, in e-mail between friends." The court ordered the employer, Malaysia National Insurance Bhd, to pay the Secretary compensation of RM66,850.
Her e-mails were discovered after the Secretary was investigated over the leaking of a confidential report of a board meeting.- Reuters

Sabtu, Januari 12, 2008

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

Berita Harian

BACHOK: Lebih 40,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat dalam sektor awam berdepan risiko hilang pekerjaan berikutan tiada mekanisme khusus untuk menyerapkan mereka sebagai kakitangan tetap kerajaan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman mendakwa ada kakitangan kontrak di agensi kerajaan yang ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab kukuh selepas hampir 10 tahun berkhidmat, sekali gus menyukarkan mereka menyara keluarga.

Beliau berkata, sebahagian besar kakitangan kontrak terbabit ditamatkan perkhidmatan berikutan perubahan dasar sesuatu agensi disebabkan pengurusan baru atau agensi berkenaan diswastakan.

"Sehingga kini lebih 40,000 kakitangan kontrak di setiap agensi kerajaan yang sudah berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap.

“Pekerja kontrak terbabit melakukan bermacam kerja, ada buat kerja pejabat dan pelbagai kerja. Tetapi lepas beberapa tahun, khidmatnya ia ditamatkan. Ramai kakitangan kontrak yang umur mereka sudah lanjut dan berusia lebih 40 tahun serta mempunyai anak ramai. Kalau mereka diberhentikan kerja dan tak diserapkan, susahlah...siapa nak sara keluarga mereka," katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Cuepacs Kelantan, Shamsudin Mohd Noor.

Seramai 121 kakitangan kontrak dan sambilan JPN akan ditamatkan perkhidmatan masing-masing berkuat kuasa 31 Januari ini berikutan kontrak mereka tidak disambung, manakala 132 yang lain dilanjutkan tempoh perkhidmatan.

Kakitangan kontrak JPN Kelantan itu mengadakan perjumpaan dengan Cuepacs bagi meminta sokongan supaya masalah mereka diajukan kepada JPN negeri dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Omar mendakwa nasib pekerja kontrak dalam sektor awam tidak diberi perhatian disebabkan kurang perancangan bagi pengambilan kakitangan tetap baru pada peringkat pengurusan sumber manusia sesebuah agensi kerajaan.

Katanya, pengurusan sesebuah jabatan itu tidak membuat perancangan khusus bagi mengisi kekosongan jawatan sehingga pekerja kontrak yang sudah lama berkhidmat tidak diserapkan ke jawatan berkenaan walaupun mempunyai kelayakan.
Beliau mencadangkan agar kakitangan kontrak dilantik untuk tempoh singkat seperti setahun bagi membantu menyelesaikan kerja tertunggak sesebuah jabatan bagi membolehkan mereka mencari kerja lain lebih awal sebelum kontrak berakhir.

Rabu, Januari 09, 2008

Kes penganiayaan berhubung dengan kesatuan sekerja

Kes penganiayaan berhubung dengan kesatuan sekerja

Dalam [2004] 4 MLJ 67, Bank Muamalat Malaysia Bhd. lwn. Che’ Rus Bin Husin & Ors iaitu pemohon dahulunya adalah Bank Bumiputra Malaysia Bhd ('BBMB'), kini dikenali sebagai Bank Muamalat Sdn Bhd. Pada tahun 1999, BBMB telah bergabung dengan Bank of Commerce Malaysia Bhd ('BOC'), dalam suatu perjanjian di mana BBMB memindahkan aktiviti aset perbankan konvensional kepada BOC dan hanya mengekalkan aset perbankan Islam. Selepas itu, BBMB ditukarkan nama kepada Bank Muamalat dan BOC menjadi Bumiputra Commerce Bank Bhd ('BCB'). BOC menawarkan beberapa pekerja untuk terus bekerja dengan BOC selepas penggabungan tersebut. Mereka yang menerima tawaran tersebut mengambil tindakan guaman terhadap BBMB selepas 19 bulan tawaran tersebut diterima. Pihak responden menuntut yang berikut:

(i) bahawa BBMB gagal mematuhi seksyen 56 Akta Perhubungan Perusahaan 1967;

(ii) BBMB gagal mematuhi perkara 11 kepada perjanjian kolektif yang berkaitan dengan notis penamatan oleh pihak yang menamatkan servis; dan

(iii) BBMB seharusnya membayar gaji untuk tiga bulan sebagai ganti notis berkenaan (perkara 11). Pemohon pula menyangkal penamatan kerja tersebut dan mengadu bahawa pihak respondenlah yang telah meninggalkan kerja mereka selepas menerima tawaran pekerjaan dalam BCB. Mahkamah perusahaan memihak kepada kepada responden. Maka, permohonan ini dimajukan oleh pemohon untuk perintah certiorari membatalkan award tersebut.

Oleh kerana terdapat pertikaian yang asasi dan jelas berkaitan dengan isu sama ada pemohon telah menamatkan servis responden, mahkamah perusahaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan pertikaian perusahaan tersebut di bawah seksyen 56. Hal ini kerana seksyen 56 Akta berkenaan tidak memberi kuasa kepada mahkamah perusahaan untuk mentafsir terma perjanjian kolektif untuk menentukan skop, sifat dan keinginan pihak dalam terma tersebut. Walau bagaimanapun seksyen 56 adalah diinginkan oleh Parlimen untuk dijadikan prosedur penguatkuasaan terus untuk kes yang jelas tidak mematuhi terma award atau perjanjian kolektif. Bila, fakta dipertikaikan, kuasa tersebut hanya boleh digunakan di bawah seksyen 33(2) Akta tersebut.

Mahkamah perusahaan telah mentafsirkan skop artikel 11 yang terkandung dalam perjanjian kolektif di antara pihak berkenaan sebelum membuat keputusan bahawa pemohon telah mungkir artikel 11. Dengan membuat demikian, mahkamah perusahaan telah melampaui bidang kuasanya. Keputusan mahkamah perusahaan bahawa servis responden-responden telah ditamatkan oleh BBMB tidak disokong oleh keterangan. Tiada bukti wujud bahawa BBMB telah memberikan surat penamatan kepada responden-responden apabila penggabungan di antara BBMB dan BOC berlaku. Walau bagaimanapun, mesyuarat di antara KEPAK (kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja) dan BBMB telah berjaya mewujudkan satu perjanjian di mana BOC pada hari yang sama memberikan surat untuk menjelaskan surat tawaran asal. Tawaran tersebut diterima oleh pihak responden. Tiada sebarang keterangan yang diberikan kepada Mahkamah Perusahaan untuk menyokong bahawa BBMB menamatkan servis responden. Aksi responden menuntut tiga bulan gaji sebagai ganti notis tidak dibuat dengan suci hati. Ini kerana mereka telah menerima tawaran untuk meneruskan kerja selepas merunding suatu penyelesaian dengan BBMB dan BOC dan menjadi pekerja di BOC di atas terma dan syarat yang sama dengan BBMB. Maka, untuk membuat aduan selepas 19 bulan selepas menerima tawaran tersebut bahawa pemohon tidak memberi tiga bulan notis atau pampasan adalah jelas dilakukan dengan niat jahat oleh pihak responden.

Rujukan

Wu Min Aun. 1985. Undang-undang perhubungan perusahaan di Malaysia. Heinemann (Malaysia) sd. Bhd. Kuala Lumupur.

Maimunah Aminuddin,. 1996. Malaysian Employmant Law and Industrial Relations. McGraw-Hill Book. Singapore.

(1981) MLJ 304. Malaysian Law Journal.

Akta Kerja 1955

(2004) 4 MLJ 466. Malaysian Law Journal

(2004) 4 MLJ 67. Malaysian Law Journal

Isu pertikaian perusahaan di antara majikan dan kesatuan sekerja

Pertikaian perusahaan didefinisikan sebagai sebarang pertikaian di antara majikan dan pekerja-pekerjanyayang berhubung dengan pekerjaan dan yang bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan–peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut (Wu Min Aun, 1985). Manakala Akta Hubungan Industri pula mendifinisikan sebagai “any dispute between an employer and his workers which is connected with the employment or non-employment or the terms of employment or the condition of work of any such worker.” (Maimunah Aminuddin, 1996). Pertikaian perusahaan juga dikenali sebagai pertikaian industri. Definisi tersebut adalah berkaitan dengan suatu pertikaian di antara majikan dan pekerjanya dan ia mestilah bersangkutan dengan perkara yang dinyatakan. Definisi tersebut tidak menyebuttentang kesatuan sekerja atau kesatuan majikan. Hal ini bermakna sesuatu pertikaian perusahaan boleh merupakan pertikaian bersama atau pertikaian individu dan tidak perlu diwakilioleh kesatuan sekerja (Wu Min Aun, 1985). Dalam (1981) MLJ 304, Dr. A. Dutt lwn. Assunta Hospital, telah dihujahkan bahawa pemecatan seseorang pekerja yang bukan anggota kesatuan sekerja tidak merupakan dan tidak termasuk kepada pertikaian perusahaan. Dalam kes ini Dr. A. Dutt ingin menuntut semula jawatannya yang telah hilang di Mahkamah Tinggi. Hal ini kerana Mahkamah Industri telah memberi award iaitu mengesahkan pemecatan beliau oleh pihak hospital dan menyatakan beliau adalah seorang pekerja dan tanpa alasan yang munasabah ke atas dirinya serta telah memecatnya. Oleh yang demikian ini menunjukkan bahawa beliau telah hilang hak untuk bekerja serta mendapat faedah-faedah yang sepatutnya beliau terima. Sekiranya didapati bahawa pemecatan beliau adalah tidak adil maka, mahkamah akan memerintahkan supaya dipulihkan hari bekerja dan mengembalikan upah penuh yang ditahan atau membayar pampasan kepada Dr. A. Dutt.

Manakala kes seterusnya yang berkaitan dengan pertikaian perusahaan ialah pemecatan. Menurut Akta Kerja 1955, pemecatan merujuk kepada penamatan sesustu kontrak kerja oleh majikan atas sebab salah laku yang munasabah. Dalam kes (2004) 4 MLJ 466, Beatrice A/P Fernandez lwn. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor. Iaitu Perayu seorang pramugari dengan responden pertama, Sistem Penerbangan Malaysia. Terma dan syarat perkhidmatan beliau dikawal oleh satu perjanjian kolektif, di mana perkara 2(3) menghendaki beliau berhenti kerja jika beliau mengandung. Sekiranya gagal berbuat demikian, syarikat berhak untuk menamatkan perkhidmatannya. Perayu mengandung dan enggan berhenti kerja. Oleh itu, responden pertama telah menamatkan perkhidmatan beliau. Perayu telah memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi memohon satu deklarasi bahawa:

(i) perkara-perkara 2, 14 dan 19 perjanjian kolektif bertentangan dengan perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah tidak sah; dan

(ii) penamatan perkhidmatan perayu adalah tidak sah kerana ia bertentangan dengan seksyen 14(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan seksyen-seksyen 37 dan 40 Akta Pekerjaan 1955. Ini adalah rayuan beliau ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau.

Satu perjanjian kolektif, walaupun diketahui oleh Mahkamah Perusahaan hanya terikat ke atas pihak-pihak, meskipun boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Perusahaan. Diskriminasi yang dihalang oleh perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan seperti pada masa kes ini dibuat adalah hanya atas alasan agama, bangsa, keturunan atau tempat kelahiran, yang mana tiada berkaitan dalam kes ini. Dalam apa keadaan, ia boleh dihujah bahawa perkara 2(3) kepada Jadual Pertama perjanjian kolektif adalah bersifat diskriminasi sama seperti ia tidak boleh dihujahkan secara munasabah bahawa peruntukan undang-undang yang memberikan cuti bersalin kepada wanita adalah bersifat diskriminasi terhadap lelaki. Oleh itu, alasan ini tiada merit. Suatu kes hendaklah diputuskan berdasarkan faktanya. Perayu tidak memperkenalkan apa-apa keterangan bahawa perayu pertama adalah 'a public authority' untuk merangkumkannya di bawah peruntukan perlembagaan. Kenyataan bahawa perayu pertama adalah satu agensi kerajaan tidak memadai. Adalah dihujahkan bahawa perkara 2(3) kepada Jadual Pertama perjanjian kolektif bertentangan dengan peruntukan seksyen 37 Akta Pekerjaan 1955. Tiada kaitan peruntukan tersebut dengan fakta kes ini. Tambahan pula, peruntukan seksyen 40 Akta Pekerjaan 1955 tiada kaitan dalam kes semasa kerana ia hanya menghendaki pekerja wanita yang meninggalkan pekerjaannya untuk memberikan notis empat bulan kepada majikan tentang keadaan beliau yang mengandung di mana beliau tidak akan berhak kepada apa-apa elaun bersalin. Oleh itu, tiada 'purposive interpretation' akan diberikan kepada peruntukan tersebut untuk menyebabkan perjanjian kolektif tersebut terbatal dan tidak sah.

Perjuangan bagi kuasa pekerja


Apakah itu kuasa pekerja?

Sepanjang sejarah manusia, tidak terdapatnya potensi lebih baik daripada sekarang untuk memberikan setiap orang kehidupan yang baik. Selama beribu-ribu tahun, manusia telah hidup dengan merana. Kegagalan tanaman dan teknologi purbakala bermaksud tidak terdapatnya sumber-sumber yang mencukupi untuk menjamin makanan, pakaian dan perlindungan yang mencukupi bagi semua orang.

Pada hari ini, hanya terdapatnya kekurangan palsu. Kesengsaraan dan keperluan berpunca daripada cara sumber-sumber dunia diagihkan, daripada cara golongan elit kecil memiliki kekayaan dunia. Pada tahun 1996, laporan Pembangunan Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan bahawa:

Kini, nilai bersih 358 orang yang paling kaya, iaitu jutawan dolar, adalah sama dengan pendapatan menyeluruh 45 peratus daripada penduduk dunia – 2.3 bilion orang. Sememangnya, ini merupakan perbandingan kekayaan dengan pendapatan. Tetapi perbandingan di antara kekayaan sahaja, jika ia dapat dilakukan, sudah pasti lebih mengejutkan.

Setahun kemudian, laporan yang sama mengatakan:

Pada tahap global di antara tahun 1989 dan 1996, jumlah jutawan meningkat dari 157 orang ke 447 orang. Kini, kekayaan bersih sepuluh orang jutawan yang terkaya adalah AS$133 bilion, lebih 1.5 kali jumlah pendapatan kebangsaan kesemua negara paling kurang maju. Kekayaan jutawan Meksiko yang terkaya pada tahun 1995 adalah AS$6.6 bilion, iaitu sama dengan pendapatan bersama 17 juta rakyat Meksiko yang termiskin.

Laporan itu turut menunjukkan bahawa kekayaan tujuh orang yang paling kaya di dunia dapat menghapuskan kemiskinan yang paling membinasakan dan menyediakan perkhidmatan sosial bagi satu suku daripada penduduk yang paling miskin di dunia.

Ia memang jelas bahawa kita dapat membina dunia di mana kebuluran dihapuskan dan semua orang dijaminkan keperluan hidup yang asas. Setiap orang di setiap penjuru dunia boleh dapat bekerja kurang beberapa jam, menikmati taraf hidup yang lebih baik dan mula menemui kemampuan mereka sendiri. Mereka akan memilih secara demokratik apa yang dihasilkan, cara-cara benda itu dihasilkan dan siapa yang menerima hasil pengeluaran tersebut.

Inilah yang dimaksudkan oleh kuasa pekerja. Sebuah masyarakat di mana mereka yang menghasilkan kekayaan juga memiliki kekayaan itu, di mana pengeluaran digunakan untuk keperluan majoriti, dan bukannya bagi kepentingan minoriti kecil. Sebuah masyarakat yang dikerjakan oleh para pekerja merupakan sebuah masyarakat di mana semua orang, di merata dunia, bekerjasama, bukannya di mana pemerintah-pemerintah kerajaan menghantar orang untuk saling membunuh satu sama lain.

Untuk mencapai sebuah masyarakat seperti itu, kita perlu menghancurkan genggaman mereka yang kini memegang kuasa. Sistem keji yang memaksa berjuta-juta orang meninggal dunia akibat kebuluran dan menggunakan teknologinya demi kebinasaan merupakan akibat masyarakat yang dibahagikan kepada kelas-kelas yang berlainan.

Kelas-kelas itu berdasarkan kepentingan yang bangkit akibat hubungan orang dengan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Segolongan minoriti, iaitu kelas pemerintah, memiliki kilang, pejabat, sekolah dan hospital sesebuah negara. Mereka menggunakan pengawalan kuasa ekonomi ini untuk menguasai kanca politik melalui kerajaan, tentera dan polis. Mereka juga mempunyai kuasa ke atas idea-idea – melalui sistem pendidikan, television dan suratkhabar. Tetapi kejayaan sistem mereka juga mewujudkan kelas yang mempunyai kuasa untuk memerdekaan seluruh umat manusia – iaitu kelas pekerja.

Kelas pekerja terdiri daripada mereka yang mencipta kekayaan di bawah sistem kapitalisme. Ia melibatkan pelombong, jurutera dan penenun, serta kerani, penjaga kedai, jururawat dan cikgu. Kelas pekerja terdiri daripada lelaki dan perempuan, berkulit hitam dan putih. Para penganggur juga merupakan pekerja yang, pada masa-masa tertentu, tidak diperlukan oleh pihak majikan untuk dieksploitasi. Mereka yang berpencen juga merupakan pekerja yang kini dikatakan terlalu tua untuk kegunaan yang menguntungkan dan, akibatnya, mereka disarakan dengan pencen yang kecil.

Sememangnya, kandungan kelas pekerja sentiasa berubah. Kini terdapatnya pengurangan dalam jumlah pelombong dan pekerja limbungan seperti yang terdapat pada tahun 1920-an. Tetapi menjadi sebahagian daripada kelas pekerja bukannya bermaksud menggunakan otot dan kekuatan. Ia merupakan hubungan sosial di mana orang biasa dikecualikan daripada memiliki kekayaan yang mereka menghasilkan. Mengikut definisi ini, terdapatnya lebih pekerja di dunia pada hari ini daripada dahulunya.

Perusahaan swasta dengan paling ramai ahli kesatuan pekerja di Britain pada awal tahun 1998 bukannya British Telecom atau United Utilities, tetapi syarikat Tesco, dengan 80,000 ahli kesatuan pekerja kedai. Tiga puluh tahun yang lalu, tidak ada sesiapa pun yang berpendapat bahawa ini dapat berlaku.

Kesatuan pekerja dan cara-cara ‘lama’ seperti aksi mogok sekarang merupakan perkara biasa bagi pensyarah kolej, pegawai bank dan lain-lain, yang mungkin dikatakan merupakan sebahagian daripada kelas menengah sehingga baru-baru ini.

Kelas pekerja dapat mengubah masyarakat dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana kelas lain dalam sejarah manusia. Selama beratus-ratus tahun, mereka telah berjuang untuk dunia yang lebih adil. Mereka telah menentang dan meninggal dunia demi menumbangkan tuan feudal dan raja zalim. Tetapi walaupun petani mungkin dapat membakar rumah tuan mereka dan mengurung tuan tersebut, cara hidup petani tidak menyediakan mereka bagi cara-cara mengatur masyarakat. Mereka mengerjakan bidang tanah kecil mereka sendiri, dan terasing dari sifat kerjasama. Apabila pemberontakan itu berjaya, para petani kembali ke bidang tanah mereka sendiri. Selepas zaman merdeka yang pendek, pihak tentera tiba dari bandar-bandar dan menabalkan tuan yang lain, tetapi yang tidak kurang zalim. Sebuah golongan minoriti baru bangkit untuk menguasai masyarakat.

Pada masa-masa tertentu, pemberontak petani membawa perubahan sebenar dalam masyarakat. Semasa revolusi-revolusi di Perancis pada tahun 1789, di Rusia pada tahun 1917 dan Negara Cina pada tahun 1949, pemberontakan petani memang penting. Tetapi ini hanyalah kerana revolusi-revolusi tersebut dilancarkan di samping tentangan terhadap kelas pemerintah oleh kelas-kelas yang lain. Dengan itu, para petani dapat diselaraskan, tetapi hanya untuk menolong kelas-kelas yang lain itu merampas kuasa. Jadi, apabila Revolusi Perancis pada tahun 1789 memusnahkan masyarakat feudal yang lama, mereka yang menikmati kebaikan kerajaan merupakan sebuah kelas pengekspoit baru yang terdiri daripada usahawan dan pemilik bank.

Kelas pekerja dapat membina sebuah masyarakat sosialis tanpa keperluan dan tanpa diktator kerana kelas pekerja sememangnya berbeza daripada kelas petani. Kini terdapatnya beratus-ratus juta pekerja dan jumlah mereka semakin meningkat setiap hari. Kerana kapitalisme merupakan sistem antarabangsa, ia terus mengembang dan mengerjakan mereka yang suatu hari nanti akan memusnahkan sistem kapitalis itu.

Pada tahun 1980-an, walaupun berhadapan dengan pemecatan, kemelesatan dan kemerosotan, kelas pekerja industri di 36 negara utama di dunia mendapat 6,000 ahli baru setiap hari. Pada skala dunia, kelas pekerja bertumbuh dengan berjuta-juta pekerja baru.

Namun demikian, ia masih benar bahawa di kebanyakan negara, majoriti orang masih hidup dengan mengerjakan bidang tanah kecil yang mereka memiliki atau menyewa. Lebih-lebih lagi, kelas pekerja bukannya kelas yang paling merana. Walaupun pekerja industri menghadapi keadaan yang susah dan pengekspoitan kejam, taraf hidup mereka pada umumnya lebih baik daripada taraf yang dialami oleh penganggur dan petani.

Para pekerja tidak bebas daripada rasisme dan seksisme yang digalakkan oleh kelas pemerintah. Memang terdapat pekerja yang membaca akhbar kerajaan, menyokong keluarga diraja, dan mengundi untuk parti konservatif. Revolusi sosialis memang senang berlaku jika bukan kerana penerimaan idea-idea kelas pemerintah oleh para pekerja ini.

Kemampuan unik kelas pekerja untuk mengubah dunia berpunca dari kedudukan kelas tersebut dalam sistem kapitalisme. Apabila kapitalisme mengembang, ia menarik orang dari desa dan menghimpunkan mereka di tempat-tempat bekerja gergasi. Tanpa bekerja dengan ahli-ahli keluarga dan beberapa orang jiran, para pekerja mendapati bahawa mereka telah menjadi sebahagian daripada unit yang melibatkan beratus-ratus atau beribu-ribu orang. Tenaga buruh setiap orang bergantung kepada berpuluh-puluh orang yang lain. Untuk mencapai peningkatan dalam keadaan mereka, para pekerja mesti beraksi secara berkumpulan, melibatkan rakan sekerja mereka.

Para petani dapat mengimpikan kemerdekaan individu. Jalan ke hadapan seolah-olah tertera dengan jelas: tuan yang memiliki tanah dimansuhkan dan peluasan tanah untuk ditambah kepada bidang tanah keluarga. Para kerani pula tidak memgimpikan pembahagian pejabat dan membawa pulang mesin taipnya. Dia hanya dapat menambahkan gajinya dan mencapai keadaan bekerja yang lebih baik dengan bekerjasama dengan rakan sekerja.

Sememangnya, para pekerja biasanya tidak sepadu dan seringkali enggan bekerjasama di antara satu sama lain untuk menentang pihak majikan. Ada di antara mereka yang tidak menghiraukan aksi mogok. Tetapi untuk mencapai perubahan yang benar dalam kehidupan, mereka harus bersatu. Walau apapun fikiran mereka, bersatu dan menolong rakan-rakan sekerja mereka dalam tentangan terhadap pihak majikan dan kerajaan merupakan satu-satunya cara untuk mencapai kemenangan.

Tidak terdapatnya cara lain bagi para pekerja untuk menjalankan kuasa mereka di bawah sistem kapitalisme. Para pekerja berdiri di pusat pengeluaran. Jika mereka berhenti bekerja, maka seluruh sistem itu dilumpuhkan. Punca keuntungan menjadi kering, dan jika gerakan itu cukup luas, kelas pemerintah turut terancam.

Fakta kekuatan pekerja tidak dapat dipertikaikan. Aksi mogok sektor awam di Perancis pada tahun 1995 bukan sahaja mengalahkan serangan terhadap sistem kebajikan, bahkan ia juga membawa masuk fasa baru di mana kelas pekerja menuntut pembaikan dalam keadaan mereka. Peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran bermaksud bahawa minggu bekerja selama 35 jam dengan tiba-tiba menjadi pusat bagi perdebatan politik dan ekonomi di merata benua Eropah.

Aksi mogok oleh pekerja bungkusan UPS di Amerika Syarikat pada tahun 1997 mengubah atmosfera di tempat bekerja bagi berjuta-juta orang selepas beberapa tahun kekalahan. Di Britain pada tahun 1994, aksi mogok yang melibatkan kurang daripada 5,000 pekerja keretapi memaksa kerajaan Konservatif untuk mengudur dengan malu. Segala kuasa media massa, ahli politik dan perundangan tidak mampu mengalahkan kumpulan kecil pekerja itu.

Pada tahun 1997 dan 1998, aksi mogok yang melibatkan lebih kurang 600 juruelektrik yang bekerja untuk keretapi bawah tanah di Britain menakutkan perusahaan-perusahaan pembinaan terbesar dan juga memaksa perubahan di puncak kesatuan pekerja.

Walaupun para pekerja merupakan minoriti dalam sesebuah masyarakat, mereka merupakan unsur penentang yang paling kuat. Seluruh benua Afrika seringkali digambarkan sebagai neraka penindasan. Tetapi para pekerja Afrika juga menentang pemerintah-pemerintah mereka dengan kekuatan yang menakjubkan. Zimbabwe merupakan sebuah negara miskin. Namun demikian, aksi mogok pada tahun 1996 dan 1997 telah memaksa pihak kerajaan mengundur dan telah mengancam Presiden Mugabe.

Kita seringkali diberitahu bahawa ‘globalisasi’ membuatkannya mustahil bagi para pekerja untuk mencapai kejayaan. Tetapi kapitalisme industri bukannya bebas, dan tidak dapat berpindah-randah sesuka hati tanpa kos yang tinggi. Integrasi pengeluaran antarabangsa yang telah berlaku meningkatkan kuasa perundingan golongan-golongan pekerja tertentu. Baru-baru ini, aksi mogok oleh sekumpulan pekerja General Motors di hanya satu kilang memberhentikan segala operasi perusahaan Amerika Syarikat itu.

Para pekerja telah banyak mengalami kekalahan dalam beberapa tahun yang lalu, tetapi ini bukan kerana pihak majikan dapat menutupkan kilang sesuka hati dan berpindah ke tempat lain. Faktor penting merupakan kepimpinan politik gerakan pekerja – iaitu kesatuan-kesatuan pekerja dan parti-parti buruh – yang telah melesapkan perpaduan dan menghalang para pekerja daripada menggunakan kuasa mereka sepenuhnya.

Perjuangan di antara kelas

Perjuangan di antara kelas merupakan sebahagian daripada kapitalisme. Para pekerja menghasilkan kesemua keajaiban masyarakat moden, kesemua kepelbagaian dan kekayaan yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi-generasi sebelumnya. Namun, mereka tidak menikmati keuntungan dari usaha mereka. Sebaliknya, mereka hanya menerima gaji yang cukup untuk memastikan yang mereka kembali bekerja keesokkan hari dan untuk menjamin bekalan tenaga pekerja yang memadai.

Jadi, potensi perjuangan di antara mereka yang bekerja (tetapi tidak menerima manfaat) menentang mereka yang menjadi kaya tanpa bekerja sentiasa bergelora. Mereka di kaki masyarakat jarang sekali menerima pemerintahan oleh minoriti yang merangkul keuntungan dari peluh para pekerja. Mahupun berhadapan dengan keadaan yang paling susah, para pekerja akan berjuang.

Misalnya, di Rome dan Mesir kuno pernah berlakunya pemberontakan hamba. Pemberontakan kecil juga berkembang menjadi perang saudara di Greek kuno dan Eropah pada zaman pertengahan. Apabila Empayar Britain meluaskan gengamman ganasnya ke merata dunia, ia bertemu dengan tentangan mantap, yang kadang-kala berjaya. Tentera Britain pernah mengalami kekalahan di Afrika dan Asia, di mana rakyat tempatan enggan menerima pemerintah imperialis.

Pada tahun 1989, para pekerja di negara-negara Stalinis Eropah Timur menumbangkan kerajaan-kerajaan yang seolah-olah tidak dapat dikalahkan. Perjuangan oleh para pekerja kulit hitam di Afrika Selatan merupakan unsur utama dalam mengalahkan rejim dasar pemisahan kaum yang zalim.

Pada tahap yang lebih rendah, dan tanpa menentang sistem secara menyeluruh, terdapatnya perselisihan berterusan di antara pihak majikan dan para pekerja mengenai isu-isu seperti kelajuan mereka patut bekerja, keadaan manakah yang sesuai, disiplin seperti mana yang diperlukan dan berapa banyak para pekerja harus dibayar.

Bagi jangka masa yang lama, ‘perjuangan’ mungkin mengambil bentuk mengeluh semasa waktu rehat dan merungut pada pagi hari Isnin. Kadang-kala, para pekerja ditekan oleh pihak pentadbir sehingga mereka takut melakukan apa-apa kecuali mengersik gigi sambil membayangkan penumbangan dahsyat penyelia mereka.

Kadang-kala, pihak majikan akan membuat perjanjian besar agar isu-isu kecil diselesaikan sebelum perjuangan besar dicetuskan. Tetapi kapitalisme tidak akan duduk diam-diam sahaja. Untuk memastikan diri mereka selamat dari persaingan kebangsaan dan antarabangsa, pihak majikan perlu mengemaskinikan cara-cara bekerja mereka secara berterusan. Mesin-mesin baru perlu diperkenalkan, lebih banyak hasil pengeluaran dipaksa keluar dari setiap pekerja dan cara-cara bekerja baru diwujudkan.

Setiap usaha untuk memaksa pekerja bekerja dengan lebih kuat untuk gaji yang lebih rendah merupakan serangan terhadap pekerja. Lambat-laun, hubungan selesa di antara pihak majikan dan para pekerja retak menjadi pertembungan sengit. Dengan tiba-tiba, orang yang tidak pernah berani mempersoalkan apa-apa menjumpai kekuatan mereka.

Biasanya, para pekerja berasa mereka tidak cukup berkuasa dan tidak dapat mempengaruhi peristiwa-peristiwa tempatan yang kecil, apatah lagi isu-isu besar. Tetapi apabila mereka berhenti bekerja dengan mengikuti aksi mogok, skala usaha mereka mendedahkan kuasa pekerja yang sebenar. Para pekerja, yang diberitahu sejak awal lagi bahawa mereka tidak bernilai, menjumpai bahawa tanpa pekerja, sistem pihak majikan tidak dapat beroperasi. Setiap kilang dapat dijalankan tanpa pentadbir. Tidak ada kilang yang dapat dijalankan tanpa pekerja.

Dengan perpaduan, para pekerja mendapati bahawa mereka boleh mengancam pihak sebelah. ‘Tawaran akhir’ pihak majikan kini boleh dirunding. Pemecatan yang ‘tidak dapat dielakkan’ kini dilihat di bawah cahaya baru. Malah, pihak kerajaan, dengan kekuatan bersenjata dan kemampuan mempengaruhi media massa, boleh dipaksa berundur dengan aksi mogok yang bersungguh-sungguh.

Pada tahun 1970-an, kerajaan Konservatif di Britain terpaksa menjatuhkan beberapa undang-undang anti-kesatuan pekerja kerana para pekerja tidak menyokong undang-undang tersebut, memulakan aksi mogok dan mengaturkan rancangan perpaduan dengan mereka yang dipenjarakan akibat aksi mogok itu. Ini merupakan satu contoh mengapa kesatuan pekerja, iaitu pengaturan para pekerja yang paling senang di tempat bekerja (di mana para pekerjalah yang paling kuat), begitu penting sekali. Kesatuan-kesatuan pekerja dapat membina idea kekuatan berkumpulan dan menunjukkan potensi bagi pihak kita beratur dan berjaya.

Mungkin terdapat beberapa orang di sayap kiri yang mengatakan bahawa perjuangan kesatuan pekerja terlalu sempit, tidak luas pandangannya dan hanya mementingkan isu-isu kecil seperti gaji. Tetapi hanya melalui pengalaman perjuangan seperti itu dapat para pekerja mencari keyakinan, pengaturan dan kesedaran untuk menentang kelas pemerintah.

Sememangnya, para pekerja tidak perlu mengadakan aksi mogok untuk gaji tinggi sebelum mereka dapat melakukan apa-apa bagi menentang seksisme atau mempertahankan hak-hak mereka yang kurang bernasib baik. Seringkali, terutamanya apabila tahap perjuangan industri masih rendah, para pekerja dapat bergerak lebih pantas untuk menyeliputi isu ‘politik’ daripada hanya mementingkan isu-isu gaji dan keadaan bekerja.

Walaupun tidak terdapatnya apa-apa aktiviti yang berlaku di tempat bekerja, sebuah delegasi mungkin dapat diaturkan untuk mengikuti aksi tunjuk rasa bagi pencen yang lebih baik atau untuk menentang serangan rasisme.

Pada tahun 1992, semasa pemberontakan akibat penutupan lombong di Britain, beribu-ribu pekerja berhenti bekerja secara tidak rasmi untuk menunjukkan perpaduan dengan para pelombong, dan dengan itu menolak nasihat pemimpin kesatuan pekerja mereka. Tetapi perjuangan kesatuan pekerja yang paling biasa adalah mengenai gaji, jam bekerja dan keadaan bekerja. Melalui isu-isu seperti ini, para pekerja akan mendapat kesedaran mengenai kekuatan mereka.

Beberapa perjuangan akan membawa keuntungan penting bagi kehidupan para pekerja. Hanya seseorang yang tidak pernah mengalami kesengsaraan hidup bekerja akan memperkecilkan perjuangan untuk mengurangkan jam bekerja atau untuk mempertahankan waktu rehat. Tetapi manfaat yang lebih penting adalah kesedaran bahawa terdapatnya cara alternatif untuk menjalankan masyarakat.

Apabila para pekerja bermogok, mereka terpaksa bergelut dengan isu-isu yang lebih luas daripada persoalan kesatuan pekerja. Untuk berjaya, mereka perlu meminta pekerja lain untuk turut bermogok, untuk mengabaikan stok hasil pengeluaran seketika dan untuk menghormati barisan pacak. Proses mencari sokongan kewangan dan fizikal akan meruntuhkan perbezaan yang didirikan secara palsu untuk membuatkan orang ramai saling bertembung di antara satu sama lain.

Ahli bomba mendapat bantuan dari pekedai. Kaum lelaki bergantung kepada bantuan dari kaum perempuan. Pekerja limbungan yang tidak pernah menentang rasisme kini mendapati bahawa pekerja kulit hitam merupakan antara penyokong paling sepadunya dalam tentangannya terhadap pihak majikan. Kebanyakan aksi mogok membawa para pekerja menentang realiti perundangan, polis dan media massa. Kepercayaan bahawa media massa tidak mengambil pihak sesiapa dihancurkan apabila akhbar tempatan atau akhbar terkenal mencetak pendapat pihak majikan dan mengutuk anda sebagai pekerja yang malas. Sambil pihak polis menyokong pekerja yang tidak membantu aksi mogok dan memukul pekerja yang sedang bermogok, idea bahawa pihak polis tidak mengambil sebelah juga dihancurkan.

Berapa mendalam dan berapa lama pengajaran ini kekal bergantung kepada beberapa faktor. Berapa lama aksi mogok itu berlangsung? Adakah ia berjaya? Adakah pemimpin kesatuan pekerja membina perpaduan atau berasa takut memanggil aksi yang lebih luas kerana perundangan anti-kesatuan? Adakah pihak sosialis berdebat dengan para pekerja untuk merangkul pengajaran umum dari pengalaman-pengalaman tertentu mereka?

Hasil dari aksi mogok kebangsaan yang berjaya sememangnya berbeza daripada hasil aksi mogok yang kecil dan yang dikalahkan. Tetapi dalam pertembungan yang paling kecil pun, para pekerja belajar mengenai ‘mereka dan kita.’ Dalam perjuangan yang dikalahkan pun, para pekerja menjana kepahitan baru terhadap pihak majikan dan kerajaan yang berjaya. Mereka memamahi siapa yang merupakan kawan sebenar dan siapa merupakan musuh.

Pembangkitan aktiviti anti-rasisme dan anti-Nazi pada tahun 1997 di Perancis sedikit sebanyak berkaitan dengan keyakinan dan perdebatan politik yang dijana oleh setahun perjuangan industri.

Lebih-lebih lagi, walaupun perjuangan pekerja dilangsungkan secara berkumpulan, ia juga merupakan dasar bagi pembanguan kemampuan setiap individu. Semasa setiap aksi mogok, ramai yang mengatakan bahawa akhirnya mereka ‘hidup.’ Para pekerja yang diberitahu oleh sekolah mereka dan oleh media massa bahawa mereka tidak mempunyai kepandaian, mendapati bahawa mereka boleh menulis risalah permogokan, berucap di depan beribu-ribu orang dan mengatasi hujah-hujah ‘rumit’ pengurus mereka.

Beribu-ribu lelaki dan perempuan diubah oleh Aksi Mogok Besar Pelombong pada tahun 1984-1985 di Britain. Wawasan mereka diubah, kedahagaan mereka untuk kehidupan yang lebih baik digandakan, mereka bangkit dari penghadan yang ditetapkan bagi mereka oleh masyarakat. Saya masih ingat aksi mogok kecil oleh pekerja pos beberapa tahun yang lalu di daerah Oxfordshire [di Britain] akibat usikan seksual. Kesan 1,500 lelaki dan perempuan bermogok untuk menumbangkan penyelia mereka lebih penting daripada menjana kekuatan kesatuan pekerja semata-mata.

Ann, seorang dari pemogok itu, berkata, “Sesungguhnya, ia menyatukan kita dan mengusir ramai kenyataan bodoh mengenai kaum perempuan yang bekerja.” Geoff, seorang pemandu, berkata, “Terdapatnya orang yang biasanya membaca akhbar Sun atau Sport [akhbar sayap kanan] mengatakan bagaimana mereka sedar bahawa semua itu – menganggap perempuan sebagai kaum lemah – sebenarnya memberikan pihak majikan alasan untuk memperkecilkan kita.”

Itu merupakan hasil enam hari bermogok. Tidak terdapatnya jaminan bahawa para pekerja tersebut terus memperjuangkan idea-idea anti-seksis dan anti-rasisme. Tidak terdapatnya jaminan bahawa, hasil aksi mogok, mereka menentang cadangan perkenalan yuran tuisyen bagi pelajar universiti atau berasa jijik dengan peralihan Parti Buruh [di Britain] ke sayap kanan.

Tetapi sekumpulan minoriti diubah buat selama-lamanya oleh seminggu perjuangang itu. Mereka lebih terbuka kepada idea-idea kuasa pekerja dan sosialisme. Aksi mogok itu menunjukkan potensi bagi perjuangan pekerja untuk menentang idea-idea kelas pemerintah dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh perdebatan sahaja.

Orang ramai mempelajari idea-idea sosialis semasa perjuangan, perjuangan yang tidak memerlukan mereka menjadi ahli sosialis untuk mereka melibatkan diri. Kapitalisme memaksa para pekera berjuang untuk menyelamatkan diri. Pengalaman berjuang ini mendesak mereka untuk merpersoalkan kebanyakan idea-idea masyarakat yang mereka telah menerima untuk beberapa lama.

Fakta bahawa para pekerja mengubah idea-idea mereka melalui perjuangan memang penting kerana kuasa pekerja bergantung kepada penyertaan berjuta-juta orang dari setiap aspek masyarakat. Orang biasa mesti mencari kemampuan mereka sendiri untuk menyeliakan kehidupan mereka secara demokratik.

Penyebaran idea-idea sosialis pada skala besar memerlukan perubahan dalam cara orang ramai hidup. Ia memerlukan para pekerja menjadi penyerta aktif dalam mencapai perubahan masyarakat ini, bukannya penyaksi pasif bagi sesuatu yang diperintah dari atas.

Jadi, kemerdekaan tidak dapat dicapai melalui pengkomplotan rahsia, aksi beberapa individu yang baik hati, persidangan parlimen atau oleh sekumpulan askar gerila kecil. Peralihan kepada masyarakat sosialis hanya dapat dicapai melalui perjuangan. Ia perlu didatangkan oleh ‘pembebasan sendiri oleh kelas pekerja.’

Pada masa yang sama, para pekerja harus mengubah diri mereka sendiri dan mengubah cara hidup mereka. Seperti yang dikatakan oleh Karl Marx pada abad ke-19, “Sebuah revolusi diperlukan bukan sahaja kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mengalahkan kelas pemerintah, tetapi juga kerana hanya dalam sebuah revolusi dapat kelas-kelas yang ditindas berjaya mengetepikan kotoran masa silam dan bersedia untuk membina masyarakat baru.”

Benih-benih revolusi

Pada masa-masa tertentu, para pekerja telah melintas tentangan terhadap pihak majikan secara individu dan bekerjasama untuk menentang sistem dan kerajaan. Aksi mogok umum atau besar-besaran seperti ini lebih biasa daripada yang kita diberitahu di sekolah. Yang pertama berlaku di Britain pada tahun 1842 apabila ‘Pemberontakan Penyumbat’ menyebar di daerah Lancashire dan Yorkshire.

Terdapat aksi mogok besar-besaran yang lain dalam dekad-dekad selepas itu, tetapi mereka menjadi lebih biada dalam abad ke-20. Aksi mogok berleluasa berlaku di Rusia pada tahun 1905, Belfast pada tahun 1907 dan di Spanyol pada tahun 1917. Diberi ilham oleh Revolusi Rusia dan berkeyakinan dalam kuasa mereka untuk mengubah masyarakat, para pekerja mengaturkan permogokan besar-besaran pada tahun 1919 di Barcelona, Belfast, Jerman, Seattle, Winnipeg dan Vancouver.

Permogokan umum juga berlaku di Jerman pada tahun 1920, Hong Kong dan Shanghai pada pertengahan tahun 1920-an, Britain pada tahun 1926, Perancis pada tahun 1936, Jerman Timur pada tahun 1953, Hungari pada tahun 1956, Belgium pada tahun 1961, Perancis pada tahun 1968 dan Poland pada tahun 1980. Apabila kerajaan-kerajaan mula tumbang di merata Eropah Timur di antara tahun 1989 dan 1991, permogokan umum diadakan di Albania, Bulgaria dan Belarus. Dalam beberapa tahun yang lalu, ombak permogokan am juga telah melanda negara-negara seperti Korea Selatan dan Nigeria.

Di merata Eropah, permogokan umum dan aksi tunjuk rasa gergasi telah menjadi peristiwa biasa dalam beberapa tahun yang lalu, sambil para pekerja menjumpai cara-cara yang paling baik untuk mempertahankan dan memajukan kepentingan mereka.

Peningkatan dalam jumlah aksi mogok umum membayangkan perkembangan kapitalisme. Sehingga awal abad ke-20, sistem kapitalis di kebanyakan tempat di dunia dikuasai oleh firma-firma kecil. Aksi mogok di kilang-kilang atau pejabat-pejabat tertentu tidak mempunyai kesan pada firma-firma lain.

Pihak kerajaan pula tidak ditarik masuk ke dalam pertelingkahan kecil – walaupun mereka meluluskan perundangan zalim untuk menyerang ahli-ahli kesatuan pekerja, dan polis dan tentera mereka bersedia untuk bergerak jika para pekerja mencuba menyebarkan aksi mereka. Tetapi apabila pasaran domestik dan antarabangsa mula dikuasai oleh firma-firma monopoli besar yang disokongi oleh pihak kerajaan, aksi mogok semakin menunjukkan sifat politik dan melintasi perjuangan terhadap pihak majikan secara individu.

Perjuangan dalam satu bidang industri boleh membawa kesan berleluasa bagi bidang-bidang lain. Pada tahun 1850, aksi mogok di sesebuah kilang besi tidak mungkin memainkan peranan penting bagi ekonomi secara menyeluruh. Pada hari ini, dengan hanya satu pengeluar besi utama di Britain, aksi mogok oleh pekerja besi akan menjadi tentangan serius terhadap setiap syarikat dan juga pihak kerajaan.

Jadi kesatuan-kesatuan pekerja dan pihak majikan terpaksa berusaha melintasi cara-cara bertembung tradisional. Para pekerja berhadapan dengan kuasa pihak majikan yang didukungi oleh kerajaan. Pihak majikan berhadapan dengan perpaduan pekerja yang bersatu dari bidang-bidang industri yang berlainan.

Tidak terdapatnya kunci tatakira bagi keadaan-keadaan ekonomi yang menjamin sesebuah aksi mogok itu akan meletup menjadi pertembungan yang lebih serius. Tradisi bersejarah, tahap kesedaran dan persediaan, pengajaran dari negara-negara lain, jenis kepimpinan yang diajukan kepada gerakan pekerja dan perkembangan politik semuanya memainkan peranan.

Secara umumnya, apabila ekonomi sedang membangun, kesatuan-kesatuan pekerja boleh mencapai tahap keyakinan dan persediaan yang tinggi tanpa perjuangan besar. Pihak majikan sedang membuat keuntungan dengan senang dan sedia melepaskan sebahagian daripada keuntungan mereka untuk menghalang gerakan pekerja. Ia memang senang untuk melihat kepentingan kesatuan pekerja.

Tetapi perjanjian-perjanjian dapat dimenangi tanpa perjuangan berskala besar. Aksi mogok memang berlaku, tetapi ia biasanya bagi jangka masa yang pendek. Tidak terdapatnya perjuangan yang melibatkan seluruh kelas pekerja dan terdapatnya tekanan yang sedikit untuk menghasilkan idea-idea politik yang dapat menggabungkan perjuangan-perjuangan di tempat bekerja untuk menghapuskan kapitalisme.

Kemerosotan ekonomi membuatkan permogokan umum lebih pahit. Pihak majikan cuba menyelamatkan diri dengan memotong gaji dan memecat pekerja di tempat bekerja mereka. Mereka merayu kepada kerajaan untuk pertolongan dalam kegiatan zalim mereka. Para pekerja terpaksa berjuang dengan labih kuat lagi pada pada dasar yang lebih luas untuk mencapai kejayaan yang kecil atau semata-mata untuk berpegang kepada pambaikan dari dahulu. Semasa kemelesetan, terdapatnya potensi kejayaan yang lebih besar, tetapi terdapatnya juga potensi bagi kekalahan yang besar lagi melemahkan semangat. Perjuangan pada skala besar menggabungkan dua unsur, kepahitan terhadap sistem dan keyakinan dalam kemampuan untuk berjuang dengan berjaya. Kadang-kala, perubahan ekonomi menghasilkan kedua-kedua faktor tersebut.

Jika pengangguran tidak lagi meningkat, para pekerja yang telah merana kerana ketakutan dibuang kerja mula berasa lebih selamat dan lebih mampu mempertahankan taraf gaji dan keadaan bekerja. Di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1930-an, pembangkitan semula dalam ekonomi merupakan salah satu faktor yang melancarkan ombak permogokan dan penetapan yang mewujudkan kesatuan-kesatuan pekerja di kebanyakan kilang besi dan kereta.

Pada masa-masa lain, krisis politik boleh menjadi percikan api yang mencetuskan perkembangan. Perancis telah mengalami sepuluh tahun pemerintahan sayap kanan dan penurunan dalam taraf kehidupan sebelum para pelajar bertembunng dengan dan memaksa polis rusuhan berundur pada bulan Mei 1968. Dalam masa beberapa hari, sepuluh juta orang pekerja telah mengikut teladan mereka dengan melancarkan aksi mogok umum.

Walau apapun puncanya, permogokan umum merupakan unsur penting dalam perjuangan bagi kuasa pekerja. Apabila para pekerja memobilisasikan kekuasaan ekonomi, mereka menjadi kekuasaan yang kuat.

Pada bulan Jun 1978, pemerintah Shah di Iran dapat mengatakan dengan yakin bahawa, “Tidak ada sesiapa yang dapat menumbangkan saya. Saya mempunyai sokongan 700,000 orang askar, kebanyakan rakyat dan kesemua pekerja.” Dia berucap pada masa apabila perjuangan pekerja sedang mencapai tahap baru dan sedang mengutarakan tuntutan politik. Setiap hari, sekumpulan pekerja yang baru keluar untuk bermogok sehingga seluruh kelas pekerja mengikut gerakan itu. Pada bulan Januari 1979, Shah yang ‘tidak dapat dialihkan’ itu terpaksa melarikan diri dari Iran.

Aksi mogok yang melibatkan berjuta-juta orang dapat menentang idea-idea rasisme, seksisme dan keengganan bekerjasama yang berleluasa di masyarakat. Pengajaran politik yang biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk dipelajari kini boleh difahami dalam masa beberapa hari.

Permogokan besar-besaran menghancurkan perbezaan di antara bidang-bidang industri yang lain. Ia boleh menyatukan kaum lelaki dan perempuan, kulit hitam mahupun putih. Ekonomi dan politik digabungkan. Di Rusia pada tahun 1905, permogokan ekonomi besar-besaran membawa pertembungan dengan pihak polis dan tentera. Para pekerja yang pada mulanya berjuang untuk gaji yang lebih tinggi dan jam bekerja yang lebih pendek kemudiannya menujukan tuntutan politik terhadap kerajaan, penindasan kelas pekerja dan juga hak kelas bekerja untuk memerintah.

Sambil kumpulan-kumpulan militan memanggil penumbangan kerajaan, kumpulan-kumpulan yang tidak seyakin itu mengambil bahagian dalam aksi mogok demi tuntutan ekonomi. Para pekerja yang tidak pernah menentang pihak majikan mereka kemudiannya menubuhkan kesatuan pekerja, menuntut gaji dan keadaan yang lebih baik.

Aksi mogok ekonomi itu mendalamkan lagi krisis politik dan memberikan tenaga baru bagi mereka yang sudah lama menuntut penumbangkan pemerintah-pemerintah. Kadang-kala, para pekerja yang dahulunya paling mundur menjadi pekerja yang paling militan.

Penyokong revolusi terkenal dari Jerman, Rosa Luxemburg, pernah menulis, “Gerakan ini tidak hanya bergerak dalam satu arah, iaitu dari perjuangan ekonomi ke politik, bahkan ia juga mengalir dalam arah yang bertentangan. Setiap aksi politik besar-besaran yang penting, selepas mencapai kemuncaknya, menghasilkan beberapa aksi mogok ekonomi yang lain. Selepas setiap ombak aksi politik, terdapatnya sisa, dari mana tumbuhnya perjuangan ekonomi.”

Pergabungan di antara perjuangan ekonomi dan politik berlaku dalam setiap aksi mogok besar-besaran. Permogokan yang dikawal rapi oleh pemimpin kesatuan pekerja juga boleh meletuskan tuntutan politik.

Aksi mogok meningkatkan pertaruhan ini ke tahap yang amat tinggi. Kepimpinan politik diberian ujian susah. Seringkali, para pekerja mendapati bahawa ketua-ketua kesatuan pekerja menjadi halangan dalam perjuangan dengan pihak majikan dan kerajaan. Ini adalah kerana kesatuan pekerja hanya terhad kepada perjuangan di dalam sistem kapitalisme. Ketua-ketua kesatuan merundingkan nilai tenaga pekerja dan mengaturkan persetujuan secara bertolak-ansur di antara para pekerja dan pihak majikan. Mereka mengendaki tahap perjuangan yang dapat menyokong kedudukan mereka menentang pihak majikan, bukannya perjuangan yang tidak dapat dikawal.

Permogokan besar-besaran mengancam sistem secara menyeluruh, termasuklah hubungan para pekerja dengan pihak majikan. Ia dapat memobilisasikan seluruh kuasa ekonomi para pekerja untuk menentang kerajaan. Maka, ketua-ketua kesatuan secara tidak sengaja menjadi kuasa konservatif [penentang kemajuan].

Semasa permogokan umum pada tahun 1968 di Perancis, persekutuan kesatuan pekerja yang utama, diketuai oleh Parti Komunis, merayu kepada para pekerja agar mereka menerima perjanjian. Ahli-ahli kesatuan pekerja menolak tawaran itu. Mereka mengidamkan sesuatu yang lebih daripada pembaikan taraf gaji. Tetapi kelemahan kepimpinan alternatif di kilang-kilang bermakna ketua-ketua kesatuan pekerja akhirnya berjaya memaksa ahli-ahli mereka kembali bekerja.

Permogokan besar-besaran mempunyai benih-benih revolusi terbenam di dalamnya. Ia bukan sekadar memobilisasikan kekuatan ekonomi, bahkan ia juga mengubah idea-idea para pekerja. Perubahan-perubahan kecil yang kelihatan dalam setiap perjuangan tempatan diperbesarkan seribu kali. Mereka yang biasanya mengira diri mereka sebagai sebahagian daripada kelas menengah turut ditarik masuk ke dalam gerakan perubahan itu, yang dengan tiba-tiba memberi harapan bagi dunia yang lebih baik. Jadi di Perancis pada tahun 1968, permogokan umum itu melibatkan peramal cuaca, pemain bola sepak, orang yang menguruskan perkuburan, penyanyi dan penghibur, pengkaji nuklear dan mahasiswa sains.

Tetapi permogokan besar-besaran bukannya sama dengan revolusi. Ia mengancam kuasa ekonomi kelas pemerintah, tetapi untuk menumbangkan kekuasaan itu, para pekerja juga perlu mengancam sistem politik negara kapitalis.

Kesatuan pekerja tidak dapat melakukan ini. Tetapi semasa permogokan umum, apabila seluruh ekonomi diberhentikan, majlis-majlis permogokan terpaksa bertanggungjawab untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan penting, seperti ambulans dan memastikan yang makanan diagihkan.

Pertubuhan-pertubuhan pekerja mula mengambil alih tanggungjawab kerajaan. Dari pertubuhan-pertubuhan seperti itu, sebuah kuasa baru akan bangkit untuk menawarkan cara alternatif untuk menyeliakan masyarakat.

Apabila para pekerja merampas kuasa

Sebuah kerajaan pekerja muncul buat kali pertama di Paris pada tahun 1871. Para pekerja menubuhkan kerajaan mereka sendiri dan memansuhkan pihak tentera dan polis profesional. Kesemua pegawai diundi dan dibayar gaji purata pekerja. Para pekerja mengundi wakil bagi setiap pertubuhan yang penting. Bertentangan dengan parlimen hari ini, wakil-wakil tersebut boleh dipanggil balik dengan serta-merta. Jika orang yang mengundi wakil-wakil tersebut tidak berasa senang hati dengan perangai mereka, wakil-wakil itu boleh dibuang kerja dengan serta-merta.

Kerajaan Perancis menghancurkan Komun itu dan membunuh 20,000 orang yang mengambil bahagian dalamnya. Tetapi model bagi cara kekuasaan yang lain sudah diperkenalkan.

Gerakan bagi kerajaan pekerja mengambil langkah ke hadapan yang besar pada tahun 1905 di Rusia. Revolusi itu melahirkan cara pengaturan yang didasarkan pada kuasa pekerja di tempat bekerja – sebuah soviet, atau majlis pekerja. Bermula dengan aksi mogok oleh sekumpulan majlis pencetak yang menuntut bayaran lebih untuk mencetak tanda bacaan, majlis itu membesar menjadi badan yang mewakili kesemua pekerja di bandar itu. Ia menerajui revolusi menentang kuasa kerajaan.

Revolusi 1905 itu dihancurkan, tetapi soviet-soviet bangkit semula di Rusia pada skala yang lebih besar apabila revolusi Februari 1917 menumbangkan Tsar Nicholas III. Kali ini, majlis-majlis itu melibatkan para pekerja dan juga berjuta-juta orang askar yang memberontak menentang pembabitan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Majlis-majlis itu menentang punca mutlak kuasa kerajaan – iaiti monopoli kuasa bersenjata. Kerajaan yang menggantikan Tsar Nicholas mendapati bahawa ia berhadapan dengan sebuah kerajaan pekerja yang asing.

Keadaan dua kuasa seperti itu memang tidak stabil. Antara kelas kapitalis akan menyerang majlis-majlis pekerja untuk mengembalikan kuasanya, atau sebaliknya, majlis-majlis pekerja akan menumbangkan kerajaan dan merampas kuasa untuk diri mereka sendiri. Pada bulan Oktober 1917 di Rusia, soviet-soviet, diterajui oleh Parti Bolshevik, merampas kuasa.

Aksi mogok kecil-kecilan mempersoalkan idea-idea kelas pemerintah. Aksi mogok besar-besaran mengubah masyarakat secara menyeluruh. Revolusi melihat berjuta-juta orang mengubah diri mereka sendiri sambil mereka mengubah masyarakat. John Reed, seorang penyokong revolusi dari Amerika Syarikat, menghuraikan atmosfera di Petrograd, pusat revolusi di Rusia:

[Terdapatnya] mesyuarat setiap malam dan perdebatan sengit sepanjang hari. Di jalan raya, semakin ramai orang berhimpun pada petang-petang gelap, berjalan ke sini dan ke situ, bergaduh untuk membaca suratkhabar.

Apabila askar penentang revolusi mencuba menghancurkan kerajaan pekerja:

Di merata kaki langit gelap, wisel kilang berbunyi. Beribu-ribu pekerja keluar dari kilang, lelaki, perempuan dan kanak-kanak, dengan senapang, cangkul, penyodok, gulungan dawai, tali pinggang bekerja mengelilingi pakaian mereka. Pelimpahan bandar seperti itu tidak pernah dilihat! Inilah perjuangan mereka, untuk dunia mereka, pegawai dalam kuasa dipilih oleh mereka.

Reed kembali ke bandar itu dengan pekerja yang berjaya:

Di merata kaki langit tersebarnya lampu-lampu ibu negara. Pemandu kita memandu dengan satu tangan, sambil dengan tangan sebelahnya, dia menunjukkan ibu negara yang berkelip-kelip. “Milik saya,” katanya, mukanya begitu menyeri. “Semuanya milik saya! Petrograd saya!”

Para pekerja yang memperjuangan kerajaan mereka sendiri itu, yang berasa buat kali pertama bagaimana rasanya merancangkan hidup mereka, tidaklah begitu berbeza dengan para pekerja hari ini. Sesiapa yang mengkaji masyarakat Rusia beberapa tahun sebelum revolusi itu akan mendapati bahawa ramai pekerja menerima idea-idea pemerintah mereka.

Apabila Tsar Nicholas ditabalkan, 200 orang meninggal dunia akibat diasak oleh himpunan orang yang berkejar-kejar untuk menyentuh tepi kain jubah Tsar itu. Revolusi itu mengubah mereka. Dan ia menolong mengubah berjuta-juta orang lagi. Ia merupakan kemuncak ombak perjuangan yang menggegarkan Eropah dari satu penjuru ke penjuru yang lain.

Di Jerman, majlis-majlis pekerja menumbangkan pemerintah Kaiser dan mengeluarkan Jerman dari peperangan. Itali digegarkan oleh perjuangan kelas intensif yang berterusan selama dua tahun, berakhir dengan kemuncak apabila beratus ribu pekerja mengambil alih kilang-kilang mereka pada tahun 1920.

Revolusi-revolusi ini dikalahkan, tetapi majlis-majlis pekerja muncul semula setiap kali para pekerja menumbangkan pemerintah mereka dan mula membina masyarakat baru. Revolusi Spanyol pada tahun 1936 melihat bandar Barcelona jatuh ke bawah kuasa pekerja.

Penulis Britain, George Orwell, menulis penjelasan kaya ini:

Ia merupakan kali pertama saya pernah mengunjung sebuah bandar di mana para pekerja berada di dalam pelana. Hampir semua bangunan tidak mengira saiz dirampas oleh pekerja dan diseliputi oleh bendera merah, atau bendera merah dan hitam milik anarkis; setiap dinding dilukis dengan gambar tukul dan sabit serta ditandatangan parti-parti revolusi.

Setiap kedai dan kafe mempunyai ukiran yang mengatakan bahawa kedai itu telah diselenggarakan ke bawah penguasaan berkumpulan; malah, pengilat kasut juga dikoletifkan, dan kotak-kotak mereka dicat merah dan hitam. Para pelayan dan pekedai memandang anda di muka dan melayan anda seperti manusia sama rata. Ibadat keagamaan dan juga perucapan rasmi dihentikan buat sementara waktu. Memberi wang sebagai penghargaan diharamkan oleh undang-undang.

Majlis-majlis pekerja muncul semula di Hungari pada tahun 1956, apabila orang ramai memberontak menentang pemerintahan zalim Rusia dan kerajaan palsu Hungari.

Pada masa moden ini, majlis-majlis kilang diaturkan selepas perjuangan di Portugis yang mengakhirkan hampir 50 tahun kerajaan diktator sayap kanan. Mereka menunjukkan potensi revolusi di Eropah Barat. Di Poland pada tahun 1980, gerakan Perpaduan berusaha lebih gigih lagi daripada semata-mata sebuah pertubuhan kesatuan pekerja. Ia mengancam kuasa kelas pemerintah dan pendukung Rusia secara langsung. Buat kali pertama, rejim itu terpaksa mengaku kejayaan demi kejayaan bagi gerakan pekerja.

Tetapi gerakan Perpaduan itu terpaksa menumbangkan kerajaan atau dihapuskan sendiri. Kerana gerakan itu tidak dipimpin oleh ketua revolusioner, ia pertama sekali dipaksa beroperasi secara bersembunyi dan kemudiannya diserap masuk ke dalam strategi kelas pemerintah. Bekas pemimpin gerakan Perpaduan, Lech Walesa, menolong menolak serangan terhadap taraf hidup pekerja.

Tetapi setiap majlis pekerja yang pernah diwujudkan telah menawarkan wawasan masyarakat yang rasional dan suci. Dalam setiap kes, terdapatnya ‘perayaan mereka yang tertindas’ yang sama. Orang ramai mendahagakan maklumat dan membincangkan hal-hal yang berlainan. Pada tahun 1917, para pekerja Rusia berkejar-kejar untuk mendengar pembicaraan mengenai drama Greek. Pada tahun 1974, para pekerja Portugis membincangkan kesusasteraan dan puisi.

Pada masa-masa biasa, kebanyakan orang dipisahkan dari kawalan sebenar ke atas kehidupan mereka sendiri. Apabila majlis-majlis pekerja merampas kuasa, atmosfera kuasa berkumpulan memberi setiap individu peluang untuk meluahkan perasaan mereka.

Perundian bukannya sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan menerima arahan. Sebaliknya, ia merupakan nadi kehidupan setiap hari. Setiap pejabat awam diwakili oleh pegawai yang diundi dan dipilih dari kalangan pekerja biasa, serta tertakluk kepada kawalan dan pemecatan para pekerja pada setiap masa.

Inilah apa yang dimaksudkan oleh ungkapan ‘pemerintahan diktator proletariat’ yang ditulis oleh Marx – pemerintahan oleh majoriti ke atas minoriti yang sebelum itu pernah menindas dan mengeksploitasikan berjuta-juta orang.

Orang ramai menikmati masa paling demokratik dalam kehidupan mereka. Tetapi ia merupakan sistem ‘tidak demokratik’ bagi bekas penindas mereka. Kekayaan dan keistimewaan mereka terancam dan mereka menyorak ‘tidak adil’ bagi kesemua kejadian ini.

Di setiap kes kecuali Rusia pada tahun 1917, pemerintah lama malangnya berjaya menghancurkan majlis-majlis pekerja dan menabalkan rejim-rejim kuasa mutlak atau sebuah parlimen yang mempertahankan kepentingan mereka. Di bawah panji-panji demokrasi palsu, mereka menghimpun orang ramai dalam parti-parti seperti Parti Buruh di Britain, yang mengatakan bahawa kuasa pekerja sebenarnya tidak demokratik dan bahawa parlimen merupakan satu-satunya jalan ke hadapan.

Untuk beberapa tahun di Rusia, majlis-majlis pekerja menggerakkan masyarakat dan mewujudkan sebuah demokrasi yang lebih tulin daripada apa-apa yang pernah dilihat sebelum atau sejak itu. Revolusi itu dicekik dan dihancurkan. Birokrasi Stalinis memusnahkan kuasa pekerja dan menjadi sebuah kelas pemerintah yang zalim.

Tetapi model majlis pekerja akan menjelma setiap kali para pekerja cuba membina masyarakat alternatif.

Dapatkah para pekerja menggerakkan masyarakat?

Dapatkah para pekerja menggerakkan masyarakat moden yang kompleks? Ramai di sayap kiri yang berpendapat bahawa walaupun ia mungkin dapat diusahakan pada abad ke-19, ia mustahil bagi kuasa pekerja beroperasi pada hari ini. Mereka mengatakan bahawa pasaran kapitalisme merupakan satu-satunya cara untuk menggerakkan dunia dan bahawa merancangkan ekonomi sosialis yang lebih rumit memang mustahil atau membawa pemerintahan mutlak.

Sebenarnya, di sebalik segala retorik ‘pasaran bebas,’ kita sudah hidup dalam masyarakat yang dirancangkan pada tahap yang luar biasa. Tetapi ia tidak dirancangkan untuk memuaskan keperluan orang ramai. Sebaliknya, ia dirancangkan untuk menjana keuntungan yang paling banyak bagi sekumpulan minoriti.

Beberapa firma menguasai setiap sektor ekonomi. ‘Perusahaan-pertanian’ gergasi seperti Cargill menguasai sektor pertanian, sementara beberapa syarikat seperti Ford, General Motors, Volkswagen, Nissan dan Honda menguasai industri kenderaan. Di Britain, Tesco, Sainsbury’s, Safeway, Asda dan Somerfield menguasai lebih daripada dua pertiga pasaran makanan runcit. Jumlah penjualan General Motors lebih banyak daripada ekonomi Turki. Jumlah penjualan bagi lima perusahaan yang paling besar di dunia lebih besar daripada hasil pengeluaran kesemua ekonomi Asia Selatan dan Afrika Selatan-Sahara digabungkan.

Apa yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan ini dirancang bukan berbulan-bulan lebih awal, tetapi bertahun-tahun lebih awal. Pelaburan besar dalam jentera-jentera, bahan-bahan mentah dan kilang-kilang dirancangkan untuk jangka masa lama.

Tidak terdapat kerajaan yang membenarkan pasaran beroperasi sesuka hati. Kerajaan Amerika Syarikat, iaitu penyokong kuasa pasaran yang paling ghairah, menaburkan RM$650 bilion untuk mendukung sektor pembankan selepas kejatuhan sektor simpanan dan pinjaman Amerika Syarikat.

Pada awal tahun 1998, krisis ekonomi yang menyebar di Asia memaksa kerajaan-kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa menuang berbilion-bilion dolar ke dalam usaha mendukung sektor kewangan.

Malah, kerajaan-kerajaan sayap kanan juga memahami bahawa pasaran yang tidak dijerat bermaksud keadaan huru-hara. Tidak terdapat apa-apa yang lebih dirancang daripada pergerakan askar dan bahan-bahan peperangan apabila peperangan mencetus.

‘Merancang’ di Eropah Timur semasa pemerintahan kerajaan Stalinis gagal akibat sebab-sebab yang sama seperti di Barat. Ia tidak didasarkan pada sistem rasional bagi memenuhi kehendak dan keperluan majoriti rakyat.

Rancangan tulin dari bawah boleh menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi, bermula dengan pencemaran alam sehingga pengangguran dan kebuluran. Pekerja yang menguasai bidang pengeluaran akan menjadi dasar masyarakat. Tetapi terdapat juga langkah-langkah lain yang akan diambil oleh kerajaan pekerja untuk meningkatkan taraf hidup orang biasa.

Beribu-ribu ‘rumah kedua,’ istana-istana dan rumah-rumah besar yang dimiliki oleh kaum kaya akan diagihkan kepada keluarga-keluarga yang sekarang dipaksa masuk ke dalam asrama kecil dan rumah pangsa. Teknologi yang sekarang digunakan untuk membina kereta limosin mewah akan digunakan untuk membina bas yang selesa dan keretapi yang selamat. Sebuah kerajaan pekerja akan mengaturkan tadika-tadika, tempat-tempat asuhan, restoran-restoran dan kedai-kedai dobi yang diusahakan bersama untuk membebaskan kaum perempuan daripada jerat membesarkan anak. Ia akan meletakkan kolej-kolej dan sekolah-sekolah di bawah kuasa mereka yang menggunakannya, terutamanya para pelajar. Kita dapat membasmikan pembaziran bagi gaji tinggi-tinggi belaka pihak majikan, kereta-kereta Rolls Royce, serta jamuan dan pesta khas untuk kaum kaya. Berjuta-juta ringgit yang digunakan untuk upacara kebesaran akan digunakan untuk keperluan sebenar. Di seluruh dunia pada tahun 1996, lebih RM$875 bilion dibazirkan untuk pengiklanan komersil. Tidak ada sesiapa yang akan merindui iklan-iklan apabila ia dihapuskan, dan kita boleh menggunakan duit itu untuk benda yang lebih baik.

Dengan menyenjatakan para pekerja dan mewujudkan tentera pekerja kecil, kerajaan baru akan mempunyai kemampuan untuk mempertahankan dirinya daripada serang balas. Tetapi apabila ancaman ini semakin hilang (seperti yang akan berlaku jika revolusi kita dapat mengalahkan pihak kapitalis di dalam dan luar negeri), maka fungsi-fungsi penindasan kerajaan juga akan melesap.

Pembaziran lucah bagi perbelanjaan persenjataan dan peperangan seperti Perang Teluk akan ditamatkan. Dana Kanak-Kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa RM$50 bilion lebih setiap tahun dapat mengurangkan satu pertiga daripada kematian kanak-kanak dan mengurangkan satu perdua daripada kematian semasa kelahiran, kadar malnutrisi dan kadar buta huruf di merata dunia. Ia dapat memberi pendidikan asas, bekalan air yang bersih dan sistem kebersihan awam bagi semua kanak-kanak di dunia. RM$50 bilion juga merupakan jumlah yang dibazirkan oleh kelas-kelas pemerintahan bagi perbelajaan tentera setiap sepuluh hari.

Di Britain, RM$250 bilion yang dijanjikan bagi peluru berpandu nuklear Trident dan RM$220 bilion yang akan dibelanjakan oleh kerajaan-kerajaan Eropah bagi kapal terbang Eurofighter dapat digunakan bagi benda-benda yang kita perlukan. Sebuah kerajaan pekerja akan menghentikan kemusnahan alam sekitar, yang sekarang dilakukan oleh firma-firma besar dalam usaha mereka mencari keuntungan tanpa mengira kos bagi masyarakat.

Kelas pekerja merupakan kelas yang paling disengsarakan oleh pencemaran alam. Mereka juga hidup di kawasan-kawasan yang paling berkemurun di bandar-bandar, menggunakan pengangkutan awam yang paling buruk dan memakan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai bahan tidak berkhasiat. Sebuah dunia di mana lebih lima bilion orang bekerjasama, dan bukannya terjerumus ke dalam persaingan akibat kapitalisme, dapat menghapuskan pengemurunan di bandar, mewujudkan pengangkutan yang selamat dan selesa, serta menghasilkan makanan berkhasiat.

Ia akan menyelenggarakan dan membaiki teknologi anti-pencemaran yang sememangnya sudah wujud, serta menggunakannya dengan kuasa-kuasa pengeluaran untuk menghasilkan benda-benda yang diperlukan oleh kesemua orang tanpa membinasakan dunia kita.

Sebuah kerajaan pekerja akan menyebarkan revolusi secara antarabangsa. Sosialisme di satu negara memang mustahil kerana lama-kelamaan, kapitalisme global akan menjatuhkan revolusi yang terpulau dengan kekuatan tentera atau melaksanakan apa yang dilakukan terhadap Rusia. Ekonomi terpulau Rusia dipaksa bersaing dalam pasaran dunia dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh kapitalisme antarabangsa. Akibatnya hanyalah pengembalian kapitalisme. Para pekerja Rusia ditindas sepenuh-penuhnya apabila Stalin membina industri-industri baru untuk bersaing dengan dunia Barat.

Pada hari ini, ekonomi dunia lebih berkait rapat daripada tahun 1917. Keadaan yang melahirkan revolusi di satu bahagian sistem itu dapat diteladani di mana-mana. Lebih-lebih lagi, revolusi di salah satu negara akan memberi perangsang bagi perubahan di merata dunia.

Ia akan menunjukkan kepentingan sosialisme yang berterusan, dan menunjukkan bahawa kelas pemerintah dapat dikalahkan. Misalnya, Parti Buruh Baru pimpinan Tony Blair di Britain telah meninggalkan idea-idea perubahan asas bagi masyarakat. Ia menolak tradisi majlis-majlis pekerja dan idea-idea kuasa pekerja. Namun, hanya tradisi inilah yang menawarkan jalan keluar daripada sistem yang mendatangkan kemerosotan, kemiskinan, kebuluran dan peperangan.

Keperluan bagi kuasa pekerja tidak pernah penting sebegini. Potensi kuasa pekerja tidak pernah sekuat ini.

Tetapi harapan mencapainya bergantung kepada faktor-faktor politik dan juga ekonomi. Kaum lelaki dan perempuanlah yang mencipta sejarah, walaupun jika mereka tidak dapat memilih keadaannya.

Kita memerlukan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sebuah dunia yang lebih baik bagi kita semua dan yang dapat merampas kuasa daripada minoriti kecil yang memegangnya pada hari ini.

Oleh Charlie Kimber
Dari risalah Perjuangan bagi kuasa pekerja. Terbitan dan hak cipta Socialist Worker
Diterjemahkan dan diubahsuai mengikut Edisi 1998 oleh Muhammad Salleh (2001)